seribu satu perasaan sedang aku lalui di saat ini, ada yang menggembirakan, ada juga yang menyedihkan, dan ada juga yang mendebarkan, tapi memang aku amat kerunsingan di waktu sebegini, itu yang pasti. aku di uji lagi dengan kesetiaan dan kasih sayang di antara seorang kawan ataupun kekasih. kekeliruan yang sering menghantui jiwa raga aku setiap kali ada yang cuba bertandang ke hati aku dengan niat yang suci untuk memperhangatkan lagi perhubungan antara aku dengan mereka.
aku tidak mahu menyakitkan hati sesiapa, bukan itu niat aku, aku sayang pada semua insan yang hampir dengan aku walaupun memang sukar untuk mereka rasa kasih aku itu, kerna aku sedar kasih aku sentiasa tidak kesampaian. bertubi-tubi lagu aku dengari hari demi hari, makin sayu dan pilu hati ini menelan segala keterlanjuran yang telah terjadi.
apa itu pertalian yang akrab jika untuk di khianati. sahabat adalah suatu hadiah kepada umat-umat yang pandai menghargai setiap perhubungan, tapi sejauh mana kesahihan itu? kesetiaan bukan hanya sekadar pada nama ataupun perlakuan, tapi juga pada hati dan niat. seteguh berdirinya taj mahal di india, semegah puncak gunung everast, sekeras batu-batu kelikir, sehebat cinta adam dan nur, itukah yang kita kejar? cinta memang indah, bagi mereka yang benar-benar menghayati maksud sebenar dalam sesebuah percintaan yang mereka jalinkan. cinta juga terbahagi kepada banyak aspek, cinta lahiriah dan cinta Illahi. pilihlah kamu..
bukan niat untuk mempermainkan, bukan juga niat untuk mempersendakan tapi apa yang aku rasakan di ketika waktu itu adalah benar kerana aku yakin dengan apa yang aku rasakan. memang mudah untuk berkata -kata indah tapi amat sukar untuk menunaikan janji. oleh itu, aku tidak berani untuk mengulang kesilapan yang sama, bukan diri aku jika itu yang berlaku, aku tahu bukan semua orang boleh menerima aku begitu juga kamu, tapi aku sedaya mampu untuk menolak perasaan itu sejauh-jauhnya. moga kamo mengerti..
sanggup aku kuburi perasaan demi kebahagiaan semua pihak dan juga kamo agar tiada yang terluka melainkan aku...
ingatlah kamo, persahabatan lebih kekal dan tidak ada istilah berpatah balik dalam sejarah kita, kamo tetap kamo sampai bila-bila, begitu juga aku takkan ke sana lagi demi mengejar benda yang bukan milik aku kerna ia milik yang maha Esa.....
No comments:
Post a Comment