Cintailah insan kau kasihi dengan sekadarnya,
kelak nanti engkau mungkin akan membencinya pula;
Cintai sekadarnya..
Bencilah manusia kau musuhi dengan seadanya,
kelak nanti engkau mungkin akan menyintainya pula;
bencilah seadanya..
Cinta pada manusia takkan kekal selamanya,
Cintai ILLAHI tulus suci dan abadi;
harum mewangi..
Aku, pernah sesat, pernah tergelincir dari landasan islamiah yang aku bina sejak berkurun lamanya. Tanpa aku sedar aku sendiri telah menjerat kisah dan takdir ini ke penghujungnya.
Suatu masa dulu, aku seorang yang amat periang, tak pernah kenal erti benci dan penat, aku buat apa yang aku rasa betul dan selagi ia tak melanggar perinsip dan agama. Aku tak pernah hiraukan orang lain, susah sama-sama aku tanggung, senang sama-sama aku harung. Mencari pengalaman baru adalah hobi aku. Untuk lebih mengenali dunia, aku mengembara sehingga ke hujung dunia, ramai manusia telah aku temui, banyak ragam yang telah aku teladani, bermacam-macam masalah yang telah aku selesaikan. Namun aku tahu, ia masih belum mencukupi untuk aku perkatakan aku kenal DUNIA.
Sampai aku ketemui DIA. Seorang yang baik, amat baik, lurus, berprinsip, dan lembut dalam setiap tingkah lakunya. Aku cukup senang dengan layanan DIA. Sehingga di saat DIA melafazkan kata keramat pada aku. Pada awalnya aku berkira-kira untuk menerima DIA dalam hidup aku. Sampai akhirnya aku tewas dengan cinta DIA. Kasih DIA buat aku hayut, aku lebih pentingkan DIA dari segala-galanya. DIA menagih kasih ILLAHI dari aku, aku bukan malaikat yang akan membawa dia dekat dengan-NYA. Perlahan-lahan aku membimbing DIA.
Alhamdulillah, cinta kami berbataskan landasan hukum-hakam agama. Sehingga kami di pisahkan buat sementara di antara Timur dan Barat, namun kami masih tetap ukuh dengan cinta ini. Berkurun kami cuba pertahankan cinta ini, pelbagai dugaan, fitnah di tabur ke atas kami, godaan demi godaan cuba untuk mencabul kisah kami, hasrat dengki yang selalu kami tempuhi dari setiap sudut. Semua berjaya kami harungi di atas prinsip saling percaya dan jujur.
Keihklasan semakin memancar dalam hubungan ini, keluarga merestui, sanak-saudara merahmati, kisah kami makin menuju kebahagian.
Tapi,
Cinta pada bunga kan layu akhirnya,
Cinta pada harta kelak kan musnah binasa;
Cinta pada manusia kan berpisah selamanya...
Benar... Kisah kami berakhir juga tapi bukan dengan senyuman kegembiraan, tetapi deraian air mata yang tiada berkesudahan.
DIA... Pergi meninggalkan aku yang tertampar dengan kata-kata DIA yang pernah aku lontarkan pada DIA di suatu ketika dahulu sebelum aku menerima cinta DIA. Begitu DIA meyakinkan aku dahulu dengan cinta dan janji DIA akan terus bersama aku, bersama mengejar cinta ILLAHI. Tapi di saat akhir, dia menarik diri dengan alasan yang tak pernah kami langgar batas-batas agama sepanjang perhubungan ini.
Kau cuba persoalkan tentang batas pergaulan dalam islam. Kau cuba pertahan kan subjek yang pernah aku pertahankan dulu. Kau memberi alasan yang seolah-olah kita melakukan kesilapan besar dari segi agama. Padahal, kisah kita, Kau yang mulakan cinta ini. Dan sekarang, Kau melarikan diri dari aku atas sebab seolah-olah aku merupakan punca dosa besar dalam hidup Kau.
Bukan aku cuba menahan niat baik Kau untuk berubah ke arah keinsafan dan menuju ke jalan benar, tetapi kenapa hukuman ini harus Kau jatuhkan pada aku. Aku amat setia menanti Kau selama ini. Dan selama perjalanan hubungan kita, kita sama-sama jaga batas-batas kita. Kenapa harus Kau begini? Sedangkan kewajipan dalam islam belum tentu Kau berjaya laksanakan. Memang benar, di waktu yang genting ini, kita harus perbanyakkan keinsafan dan taubat, namun aku masih belum mengerti maksud sebenar Kau melakukan ini. Kenapa Kau mampu berselindung di sebalik kebaikkan Kau dari pengetahuan Kaluarga sedangkan kejujuran adalah penting bagi seorang anak kepada ibubapa. Kenapa Kau mampu mengabaikan tanggungjawab Kau untuk mendirikan Solah di subuh hening sedangkan itu perkara wajib sebagai seorang islam.
Sungguh kini aku menyesali dengan tindakan aku menerima cinta KAMU. Aku terlalu bodoh dan buta kerana mempercayai setiap perjanjian KAMU. Namun sedikit pun tidak pernah KAMU meterai atau menyesali. Andai aku lebih mengetahui nya dari awal, SUMPAH aku TAK CARI LAIN! Akan aku teruskan prinsip hidup aku mengabdikan diri pada-NYA. Terima Kasih atas segalanya.
Inikah ertinya cinta
Hadir tanpa dipinta
Hati ingin menerima
Tapi dibatasi cinta
Sinar wajahnya bercahaya
Diriku terpesona
Namun aku masih mencari
Cinta Yang Esa
Cintailah cinta di hati
Kerana itulah cinta yang hakiki
Oh Tuhanku mendamba
Cinta dan rahmat darimu
Kupohon cinta insan yang mencintaimu
Bimbinglah daku mengenali erti cinta suci
Moga dapat kukecapi kasih yang sejati
No comments:
Post a Comment