Adat & shai'ah
Berkasih, bercinta, dua hati bertaut kerana saling suka sama suka di antara mereka, mahu bersama tapi terhalang batas-batas agama dan perbezaan jantina, adat juga menghalang pergaulan dua jantina berbeza untuk berkasih sayang sebelum adanya lafaz akad yg bersaksikan dan berwalikan orang-orang tertentu.
Apa yg penting? Yang mana harus diutamakan? Adat atau agama? Ibubapa atau ekonomi? Batas halal atau haram?
Islam tidak menyusahkan umatnya. Benar. Tapi kenapa kita manusia yg membawa kesusahan pada diri sendiri sedangkan agama tidak melarang tapi perkara yg terlarang tu juga lah yg manusia pilih. Untuk apa?
Benar. Jodoh pertemuan, ajal dan maut bukan kerja kita, kerana kita hanya mampu merancang yg menentukan adalah Beliau di atas sana.
No comments:
Post a Comment