My photo
So lost deep inside, Is all that makes me. My true identity, Is hard to see. To my friends and family, I’m a different me. I have a secret identity, Wonder if you’ll ever see. My thoughts and actions, Are all that makes me, But some things I may do, May not describe me. Now look inside me, If you ever feel, like it, I’m no-one but me, Never hiding my identity. Don’t say I am hypocrisy, Because I never showed you, two of me. Now please, Look at me, Try to see the real me. I’m no-one but, my real identity.

Wednesday, January 28, 2009

i love you..dats the only words i can say..and dats the only thing i know..loving you more than everythings in my life..but is dat wat i want? is dat 'you' wat i need the most in my life? how 'bout you? did you feel the same way dat i did? you make me feel perfect.. but at the same time you are also the mistake dat i ever done.. why you? why i choose you? seriusly, i dont have the answer... hopeless...

kedatangan dikau setelah hati ini di kecewa buat sekian kalinya, begitu mempesonakan dan menceriakan kesuraman hidupku, namun mengapa aku merelakan hati aku di robek lagi. Dikau begitu indah yang pernah aku jumpa, keletahmu amat aku senangi, kemesraan dikau sedikit demi sedikit telah mencuri hati aku. Adakah dikau sedar perkara ini? Dan kini aku mengaku, aku amat mencintai dikau. Biar pun mungkin ini hanya khayalan bagi aku, akan tetap aku menanti di saat dikau jatuh ke pangkuan aku. Percayalah wahai insan teristimewa, aku mahu dikau menjadi suri di hati aku, buat selama-lamanya. Tunaikanlah hasrat hati aku, akan aku bisikkan ke telinga dikau sepanjang masa betapa aku menyanyangi dirimu. Sungguh, akan aku lakukan apa sahaja agar dikau dengar bisikan itu hingga ke sanubarimu.

ketakutan sering menyelubungi jiwa aku, aku tak sanggup kehilangan kasih lagi. Biarlah orang ketawakan aku dan mencaci cara aku mengasihi dirimu. Aku jua sedar kita memang jauh perbedaan antara darjat, pangkat dan pelbagai lagi, namun bagi aku itu bukan penghalang besar untuk aku terus mencari dan memenangi cintamu. Apa yang sering aku kuatiri adalah saingan mantap dari priya-priya terhebat lain yang juga sedang mengejar cinta suci dikau. oh, sungguh hebat penangan dikau. Mungkin dikau tidak menyedarinya, namun itu lah hakikat nya, dimana hanya barisan para adam sahaja yang mampu menilai kemulusan serta kehalusan seni yang ada pada diri dikau.

Pedih di saat dikau mempermainkan jiwa aku. Mungkin memang salah aku kerna telah menyalah ertikan pertalian suci yang telah berkali dikau ungkapkan. Suatu persahabatan tidak mampu di ubah kepada suatu ikatan percintaan. Tapi semua itu tidak mustahil kan. Telah aku nekad, akan aku kejar cintamu walau ke liang lahad sekali pun. aku berjanji pada jasad ini akan aku menatang dikau sehingga ke nafas yang terakhir.

dikau sering bertanya mengapa dirimu aku pilih. Aku sendiri tiada jawapan bagi persoalan itu. Bagi aku biarlah hanya hati dan diri aku sendiri sahaja yang mengerti perasaan jenis apa yang telah membuat aku amat menggilai dirimu. Aku sedar, aku bukanlah yang terhebat untuk dikau, namun aku juga sedar, jodoh pertemuan semua telah di tentukan oleh BELIAU. Jika benar kita tiada jodoh, mengapa kita sering dikaitkan bersama. Aku bersyukur kerna aku diberi peluang untuk mengenali seorang insan istimewa dalam hidup aku iaitu dikau. Dan andainya walau kita tidak mungkin dapat bersama di fana ini, akan aku menanti saat kita bersama di akhirat kelak.

mungkin dikau merasakan aku kurang siuman kerna mengejar suatu cinta yang mustahil untuk aku kecapi, tapi akan aku teguh dan setia pada janji aku...sayang...

Saturday, January 3, 2009

ఉఉర్ర్మ్మ్మం...

sekilasku terpandang ke arah timur, beribu corak tercalar di bentangan langit nan biru. aku terkesima, di saat itu terpacur wajah yang aku pernah kenal suatu ketika dahulu. beliau seorang yang amat aku sayangi. seorang yang tabah dalam melalui onar kehidupan beliau. darah beliau mengalir di dalam tubuh aku. tapi mengapa aku tidak setabah beliau. tidak sekuat beliau. aku makin dirundung kesunyian dan masalah. memang benar setiap kita akan di uji bertubi-tubi dengan masalah, cuma terpulang pada diri kita bagaimana cara dan helah untuk berhadapan dengan setiap ujian itu. tapi aku sudah rebah di saat segala-gala sedang memuncak...