My photo
So lost deep inside, Is all that makes me. My true identity, Is hard to see. To my friends and family, I’m a different me. I have a secret identity, Wonder if you’ll ever see. My thoughts and actions, Are all that makes me, But some things I may do, May not describe me. Now look inside me, If you ever feel, like it, I’m no-one but me, Never hiding my identity. Don’t say I am hypocrisy, Because I never showed you, two of me. Now please, Look at me, Try to see the real me. I’m no-one but, my real identity.

Wednesday, November 16, 2011

Cita cite cinta

'Macam mana kalau aku nak diat balik?'

'Kau ingat dapat! Dulu engkau yg buang dia macam tak de harga diri, sekarang kau nak jilat balik taik yg kau dah berak? Eee...geli la wey! Takde sivik punye orang!'

Kau nak cakap apa yg jadi dulu, kau tak bersalah? Terlajak bus boleh tolak belakang, terlajak perbuatan kau nak tebus macam mana? Kau teruk. Kau ambik dia cara sopan kau reject dia cara kasar, bhai. Nasib baik aku bukan abang dia. Nasib baik aku pun baru je kenal dia dulu. Rupe, gaya, watak kau memang suci dude, tapi otak lu tak boleh pakai lorh. Time nak seribu daya bukan main gentle kau ayat, baru kena jolok sikit gelabah ayam terus. Tak faham betul aku.

Kejam betul kau buat dia macam tu bro. Kejam sangat! Kau dah gantung dia tak pelah lagi sebab kami ingat kau nak slow down dulu buat seketika, last2 dapat tau kau dah tinggal dia, itu pun kami dapat tau dari mulut orang lain, dulu kau nak dia sanggup bergolok bergadai masa, ruang dan kawan, semata mata kau nak rujuk kat member2 lama sanggup kau campak dia pulak. Atas sebab apa? Sebab kau pun tak pasti di atas fitnah orang2 yg munafik? Kau sendiri munafik la chor sebab percaya.

And now, you desire her back? Langkah batu nisan aku dulu laa.. Aku tau, aku sedar, aku tak sehebat kau, tak sekacak kau, tak sebijak kau, tak juga seromantik kau and most of all is, aku tak sekaya kau. Tapi aku janji, aku akan jaga dan sayangi dia serta hormati dia sebagai seorang insan dan makhluk Allah dimuka bumi ni. Sedangkan p.ramlee dgn saloma pun pernah terpisah seketika inikan pula kami. Orang kata bila jauh baru kenal erti rindu, sayang. Tapi mungkin tak pada kau.

'Sesungguhnya, aku memang tak ada niat nak buat dia mcm yg kau cakap tu, and aku sendiri tak sangka ada duri dalam hempedu antara kawan2 aku sendiri, tapi kau janjilah, jaga dia sebaik mungkin, and aku doakan moga jodoh korang sampai mati'

Adha..ditemui di pagi 10 Zulhijah di perkarangan rumah haji mansur..disebabkan kecomelan yg Adha miliki, Haji Mansur dan keluarga telah mengambil keputusan utk membela beliau setelah dibuang negeri oleh kerajaan dewa Mengong Maha Sengal Wangtarak..

Sesungguhnya salinglah kita menyanyangi antara kita (makhluk ciptaan-NYA) kerana Rasullulah sendiri amat menyayangi binatang terutama kucing.. Besar pahalanya jika kita tidak mengabaikan tanggungjawab yg telah diberikan oleh-NYA, iaitu sifat perikemanusiaan..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, November 15, 2011

MELIBANG LIBU

Mira tanya Efa, kenapa Efa sanggup tinggalkan Yin? Pernah tak Mira tanya soalan yg sama pada Yin? Efa tak tinggalkan Yin, kalau ditanya sekarang pun syg Efa pada Yin masih berbaki tau, inikan pulak senang2 hati Efa nak putuskan hubungan kami semudah yg Mira cakap tu. Kalau tak tahu apa2 tolong la jangan serkap jarang je nak tuduh salah orang lain, di mana keadilan, dengar penjelasan dua pihak, baru adil.

Efa respect pendirian Yin dan sifat workaholic dia, sampai Efa jadi lali and tak kisah dah kalau tak dapat dengar khabar dari dia berminggu2 sampai sesemester pun pernah. Tak cukup dengan tu sampaikan semester break pun kami tak jumpa. Dah tak macam dulu2, pagi date jogging, petang date kat kedai kek atau pun depan umah at least ada jgk la jumpa time hangout dgn geng tasik raban, ni jangan kata jumpa, msg pun jarang skali terutama sejak Yin tukar handset baru sebab handset lama tu button call/send rosak. Watta hill?

Hati siapa tak disiat2 bila hubungan tu terputus apabila diketahui dari mulut orang lain,Mira. Sedangkan Efa tak buat apa2 spakulasi lagi tentang hubungan kami. Sememangnya, Yin pernah mencuba untuk mengundur diri tapi Efa tak izinkan, bertubi2 Efa persoalkan pada dia, salah Efa ke Yin nak bawak diri, susah sangat ke nak teruskan hubungan dengan Efa, tak ada harapan lagi ke untuk kami kecapi mahligai macam Farid dengan isteri dia? Sedangkan percintaan kami lebih jauh mendalam akar umbinya berbanding kisah percintaan Farid yg tak sampai sebulan taugeh tu.

Telah Efa perjelaskan setiap kemushkilan yg terbendung dalam kotak fikiran Yin. Ye, Efa akui Efa berubah tapi people mana kat muka bumi ni takkan menghadapi revolusi dalam kehidupan human being. Sedangkan Yin sendiri berubah tapi setiap perubahan Yin tu Efa faham. Life tak sama ketika kita dibawah jagaan kedua orang tua berbanding ketika di dalam penjara menara gading, Efa faham situasi dan ironi dia, sapa tak mahu terbang bebas seperti burung murai, melayang kesana kemari tanpa batasan melihat keindahan alam saujana dan belajar makna kehidupan. Efa pun macam tu jugak. Efa pun somebody jugak kat institusi, antara Efa dan Yin, kami sama je. Kalau di ikutkan kerja sampai mati tak berkesudahan tapi kalau demi cinta yg kononya bersumpah setia, menangis meraung sakit kerinduan dan impian kasih sayang, Efa seboleh2nya nak curi ruang dan masa untuk Yin, tapi sadis bila Efa cuba text dia, Yin akan akhiri dgn bagi alasan komitmen dia lebih penting pada career. Tak apa, Efa masih boleh bersabar itu yg jadi bulan ke bulan, semester ke semester kami tak msg langsung pun dah tak jadi hal.

Keadaan jadi makin panas bila Efa dipindahkan ke Gurun dan sampai pula di chuping Efa yg mengatakan Yin ada masa berfoya2 di Cherating bersama teman seibadat dia. Watta fish? Boleh pula Yin membazirkan masa yg diibaratkan seperti emas permata diberi pada rakan2 dia. Habis tu Efa ni apa? Efa tak ada mandat ke pada Yin? Di saat akhir kami, Efa tak harap Yin nak dating macam dulu, cukup la sekadar Yin ambil tahu ttg Efa, sebab di saat Yin tinggalkan Efa, keadaan dan situasi Efa perit sangat. Bagai dah jatuh ditimpa baldi, ni la dia..

MIRA, Efa tak beri kata putus pada Yin. Efa masih pertahankan epilog cinta kami, biarlah Efa beri Yin masa utk bawa haluan dia sebab itu yg Yin nak sangat tapi Efa tak nak kisah kami berakhir sama sekali. Efa korbankan dia dengan cara, sementara kami masih belum sampai ke kemuncak fantasia biarlah kami senyap seketika dalam soal cinta tapi bukan bermakna kami PUTUS!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4