My photo
So lost deep inside, Is all that makes me. My true identity, Is hard to see. To my friends and family, I’m a different me. I have a secret identity, Wonder if you’ll ever see. My thoughts and actions, Are all that makes me, But some things I may do, May not describe me. Now look inside me, If you ever feel, like it, I’m no-one but me, Never hiding my identity. Don’t say I am hypocrisy, Because I never showed you, two of me. Now please, Look at me, Try to see the real me. I’m no-one but, my real identity.

Wednesday, June 2, 2010

Cinta Sejati..

Istifar lidah aku tak henti melafazkannya, kenapa kau harus terus begini, menanti perkara yang takkan kunjung tiba, tidak sedar lagi kah kau dari alam maya yang kau sendiri ciptakan dulu, yang kini hanya membawa kehancuran dan kekecewaan dalam jiwa kau. Biarpun sejauh mana cinta itu, Biar pun setinggi mana kata-kata janjinya dulu, kau tetap jua tidak mampu mengubah takdir ini. Takdir yang telah ALLAH tentu kan sejak lahirnya kau di muka bumi ini.

Memang benar kekecewaan adalah racun yang paling menyakitkan dan tiada penawarnya melainkan hanya kau sahaja yang mampu mengubatinya. Sampai bila kau nak membiar diri kau di rundung kesepian yang tiada penyudahan ini. Keseksaan yang mampu membunuh hati kau.

Hiduplah kau dengan seribu nikmat kegembiraan, lupakan kisah silam itu, sinari hati kau dengan mencari pencinta yang setia pada kau seorang, yang telah sekian lama menanti kan kau, cuma kau yang tidak mengerti maksud sebenar kasih ini kerana kau telah di kaburi dengan cinta dunia. Sedangkan dia sentiasa memerhatikan kau, melihat jatuh bangunnya diri kau, bersama tersenyum tatkala kau berjaya dan gembira, mendengar setiap rintihan kau walaupun kau hanya ingat pada nya di masa susah, dia sentiasa setia pada kau. Sedarlah..

ALLAH tidak pernah meninggalkan kamu,
Dia setia bersama kamu di masa susah mahupun senang;
ALLAH melihat apa yang kita lakukan,
Dia mendengar apa yang kita perkatakan;
ALLAH amat menyayangi kamu,
Dia tidak pernah memberikan kesusahan pada hamba-NYA;
Melainkan kepayahan yang kamu cipta sendiri.
tapi kamu alpa pabila DIA memberikan kamu nikmat yang sementara.

Cinta sejati adalah CINTA ILLAHI..amin..