My photo
So lost deep inside, Is all that makes me. My true identity, Is hard to see. To my friends and family, I’m a different me. I have a secret identity, Wonder if you’ll ever see. My thoughts and actions, Are all that makes me, But some things I may do, May not describe me. Now look inside me, If you ever feel, like it, I’m no-one but me, Never hiding my identity. Don’t say I am hypocrisy, Because I never showed you, two of me. Now please, Look at me, Try to see the real me. I’m no-one but, my real identity.

Sunday, December 21, 2008

Tiada kesempurnaan di dalam kesilapan. Namun jangan jadikan kesilapan satu titik nokhtah untuk kita menyahut cabaran yang mendatang. Kegagalan adalah satu pengajaran baru untuk kita terus mengorak langkah untuk lebih maju kehadapan. Kecermelangan diri hanya bakal di capai melalui usaha kita sendiri, tanpa usaha kita sama seperti melepaskan batuk di tangga.

Aku pernah gagal. Gagal dalam semua perkara. Pada awalan memang menyakitkan, telah ku usaha untuk mencapai matlamatku, namun bukan rezekiku. Kesedihan menyelubungi jiwaku, sayu melihat kejayaan teman yang lain, apa salahku?

Berabad aku menghambakan diri dengan menebus kembali kesilapan lampau. Kini aku kembali menemui semua. Aku tidak mengharapkan sapaan mahupun teguran dari kalian, tapi aku tetap puas kerna apa yang selama ini yang paling aku impikan telah ku genggam. Biarlah berkati-kati kalian mengherdik diriku. Aku sedar tahap dan kemampuan aku. Mungkin aku tidak layak bersekududukan dengan kalian, namun terima kasih aku lafazkan kerna pernah kalian mengaku aku sahabat di suatu ketika dahulu.

Walaupun kisah cintaku semuanya hampa belaka, aku tetap diri aku. Tiada apa yang dapat menghalang aku untuk mencapai kejayaan, tiada. Hanya aku mohon berkat doa restu dari orang tuaku, moga aku mampu berseiringan dengan umat-umat yang berjaya di dunia dan di akhirat. Bagi aku, semua telah di aturkan, kita hanya boneka yang mewarnai setiap sudut di cakera ini. Beringatlah, setiap yang kita lakukan pasti akan datang balasannya, sama ada secara baik mahupun sebaliknya. Yang penting janganlah kita khufur dengan setiap yang kita nikmati. Dan juga, jagalah langkahmu, supaya tidak terjerumus ke lembah hina.

Tiada yang lebih baik bagi diriku selain orang-orang yang aku sayangi. Biarlah mereka tidak tahu, tapi aku dekat dengan mereka.

Thursday, December 11, 2008

life must go on..

beliau yang telah diberi nama indah-indah... Allah lebih menyayangi ibunda beliau dengan pulang ke rahmatullah.. Kenangan beliau bersama ayahanda sering di ingatan.. Tiada lain hanya beliau bersama kenangan terindah bersama yang tersayang sahaja.. kegembiraan bukan segalanya, kejayaan adalah impian nyata beliau, mengejar sebuah kehidupan yang penuh kasih sayang dari pihak yang dirindui beliau selama ini, mungkin hanya tinggal angan-angan.. Memang benar apa yang sering di perkatakan oleh orang, cinta itu buta semata-mata.. Namun, yang pasti itu bukanlah penyebab munasabah kepada mereka untuk berputus asa dalam percintaan..

bercintalah berpada-pada,
berkasihlah sejujur-jujurnya,
bertaubatlah dengan nama ALLAH S.W.T

setelah sekian lama beliau mempatri hati beliau dari diberi peluang untuk meneguk kasih sayang dari seorang hawa, tanpa beliau sedari sekali lagi jiwa nya di robek sejurus melihat keakraban sahabat sejati beliau bersama insan yang lain.. aduhai, kenapa beliau berterus-terusan di uji dalam ketulusan hati beliau ingin berkasih.. "sayang,bkn aku tak cinta namun engkau juga yang membuat angkara dengan membawa seribu satu kesulitan di dalam perhubungan kita. Ini yang engkau coba katakan cinta?"

melihat kisah sejati yang sering di perkatakan oleh setiap insan yang sedang asyik di lamun cinta, alangkah sungguh indah jika beliau dapat kesempatan yang sama. Mungkin belum masanya lagi bagi nasib beliau merasa kenikmatan itu. Namun sampai bila??? runsing memikirkan hal ini, seperti tiada kesudahan.

cinta hanya melalaikan pemikiran manusia, berkorban demi menabur benih kesuburan dalam percintaan hanya untuk sementara sahaja. Berbudi pada tanah akan dapat ganjarannya. Berbudi pada manusia sama seperti menabur janji yang sia-sia.

Tuesday, December 2, 2008

sorrow

sejenak.. aku berfikir di dalam jiwa yang tenang..


sewaras.. aku mengatur langkah kehidupan ku yang seterusnya..


setiap kekecewaan yang datang bertandang di dalam jiwa, aku hadapi dengan tenang. namun jauh di sudut hatiku berkata, tiada yang dapat mengganti cinta hatiku yang itu. sayangku, rinduku, semuanya berladaskan segala kenangan kami bersama. walau hanya sempat bergelar teman sejati hanya untuk seketika. sungguh aku tidak mampu melupakan beliau.



sekali aku memandang dia jauh di seberang selatan, bersama orang dia cintai bermesra, bergumbira, bersuka-ria. terkedu aku memandang sekilas teriakan anak kecil yang sungguh comel berlarian mengelilingi beliau dengan senyuman yang manis. nampakkan air muka yang tenang dan damai dari pandangan itu. beliau bersama keluarga yang sedang beliau dirikan dengan berbajakan kasih dan sayang yang tidak lekang.



namun, wawancara kehidupan tetap harus di terusi. jangan pandang belakang jika ia hanya menambahkan keremukkan di jiwa, tapi bermukalah dengan penuh keyakinan dan segakkanlah diri dengan sifat keilmuan di dada yang telah lama dituntuti sampai ke serantau dunia telah mengembara. apakah cerita ku di coretan mendatang...

Monday, December 1, 2008

until when?

everybody have frenz..
everyone need frenz..

but..how much they need you???
how much they love you???

permulaan yang dirangcang dengan talian persahabatan yang sungguh indah....diikuti dengan layanan perasaan yang disedari apabila berjauhan dengannya....maka terbitlah suatu kisah percintaan dua remaja yang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan sebagai khalifah bumi ini.... lebih merumitkan suasana pabila perasaan yang dipendam selama ini, berterusan bersarang di jiwa...apalah salahnya jika diluahkan, takut pula bertepuk sebelah tangan...tapi sampai bila harus berdiam diri sedangkan dia ramai lagi yang sedang mencuba nasib untuk memenangi hati emas nya.... sayangnya mereka pada beliau....adakah sama seperti sayangnya aku terhadap beliau....mungkin tidak....

hari berlalu demi hari, kisah kita makin merumitkan jiwa ku untuk berhadapan dengan beliau.... kenapa? adakah aku tidak layak untuk beliau? mungkin juga.... setiap kisah percintaanku sebelum ini pasti terkandas di tengah landasan....aku menjadi makin dungu untuk terus bercinta.... namun kehidupan harus diteruskan, maka aku teruskan langkah ku untuk mendekati beliau, biar pun beribu dugaan yang mendatang, biar pun deruan debu-debu berduri menyapa diri ku... aku tetap dengan matlamatku... akan ku kejar beliau biarpun beliau tidak pernah menyedarinya, kerna ku yakin di suatu saat nanti pasti akan ada keajaiban yang bakal berlaku antara aku dan beliau...

hati ku hancur berderai mendengarkan berita gembira tentang beliau, mengapa aku harus kecewa sedangkan melihat kegembiraan beliau merupakan cita-cita ku....tapi cita-cita ku adalah melihat raut wajah kegembiraan beliau tika berada di sampingku bukan yang sebaliknya.... mampukah aku meredhakan pemergian beliau bersama insan yang beliau cintai sedangkan aku masih tegar dan setia merindui beliau.... tidak! kasihku hanya padanya....aku tidak berdaya menerima takdir kali ini....

kini...aku terus dengan perwatakkan ku di layar dunia ini...menjalani kehidupan sama seperti khalifah lain cuma aku bersandiwara di sebalik kedukaan yang bernanah di sanubariku... Ya ALLAH, aku mohon kekuatan dari MU, keredhaan dari MU, serta perlindungan dari MU, agar engkau jauhikan lah aku dari dugaan yang sama waktu dengan keperitan yang sedang aku jalani ini... sesungguhnya aku tidak berdaya meneruskan nya lagi... ENGKAU ampuni lah dosa-dosa ku...aminn...