My photo
So lost deep inside, Is all that makes me. My true identity, Is hard to see. To my friends and family, I’m a different me. I have a secret identity, Wonder if you’ll ever see. My thoughts and actions, Are all that makes me, But some things I may do, May not describe me. Now look inside me, If you ever feel, like it, I’m no-one but me, Never hiding my identity. Don’t say I am hypocrisy, Because I never showed you, two of me. Now please, Look at me, Try to see the real me. I’m no-one but, my real identity.

Wednesday, January 26, 2011

Sedetik Lebih

DONT LET ME FALL..
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Bagai Bidadari




BAGAI BIDADARI

Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah siang ku tertanya
Jika kau tak bersama

Korus
Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku tak berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu

Tak pernah hilang
Tak akan pergi

Kitakan terus bersama
Bukan untuk seketika tapi untuk selam-lama
Jangkau kasih kita hingga ke akhirnya
Kita bagai di syurga

(Ulang Korus)

Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku

Tuesday, January 25, 2011

Jom Kawen!

 hahahahaa...Aniki bukan apa....sebenarnye dah tak tau nak post apa utk entry kali ni...
so Aniki post jela TIPs nih sebagai panduan dan bimbingan utk kita bersama..
for those yg dah kawen pon seswai gak kalu sudi nak baca entry nih...
ok..yg pasti entry ni Aniki tak tuju kan pd sesapa,
entry ni hanya sebagai santapan rohani 
sebagai umat yg harus saling
mengingati...

Entry kali ni Aniki senaraikan tips yang menarik untuk kita kongsi bersama terutama bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat ni (Aniki tau ramai member2 Aniki dah gatai benor nak kawen hujung thn ni) dan tips ni juga seswai bagi mereka yang telah berkahwin, so enjoy it:

1. KETIKA MENCARI CALON

Time nak cari pasangan harus dingatkan janganlah mencari seorang perempuan sebagai isteri kita, tapi carilah seorang wanita sebagai ibu kepada anak-anak kita. Dan janganlah mencari lelaki sebagai suami, tapi carilah seorang jejaka bakal ayah kepada anak-anak kita. Kerana merekalah pembentuk serta bakal mencorakkan akhlak anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR 

Sebenarnya kita bukan sedang meminta izin kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta keberkatan daripada Allah melalui orang tua/wali si gadis tersebut. Kerana dari keredhaan ALLAH kita dapat mencengkam nikmat kerahmatan serta kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan.

3. KETIKA AKAD NIKAH 

Disaat inilah kita bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN 

Cuba kita catat dan hitung semua tamu yang datang ke majlis perkahwinan kita untuk mendoa'kan kesejahteraan rumah tangga yg kita bina pasti ramaikan. Tapi tanpa kita sedar sebenarnya kita telah melakukan kesilapan dan harus meminta maaf kepada setiap tamu yg hadir apabila kita terfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

 Bersyukur dan bersabarlah. Kita adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. Tiada kesempurnaan di dalam diri setiap manusia namun telah di anugerahkan keistimeaan yg tersendiri utk saling kita melengkapi antara satu sama lain.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

 Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. Daripada kesilapan kita akan terus belajar utk memperbaiki diri masing-masing.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

 Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan. Di sini kesetiaan diuji, dugaan datang bagai tusukan belantan di hati tapi ubatilah ia dgn pupukan kasih sayang yg telah di halalkan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK 

Cintailah isteri atau suami kita 100%. Hargai setiap detik dan saat yg terindah ini bersama. Tiada yg lebih teragung dapat menandingi cinta suami isteri seperti adam dan hawa.

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK 

Cintailah isteri atau suami kita 100% dan cintai anak-anak kita masing-masing 100%. Cinta adalah senjata terhebat di dalam sesebuah keluarga, tanpa cinta antara ibu bapa dan anak-anak, maka punah lah segala kebahagiaan yg tercipta.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM 

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan kepada suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG 

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita. Suka duka bersama, susah senang harungi bersama.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI 

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI 

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Sunday, January 23, 2011

ZinA hati..

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Wednesday, January 19, 2011

Aku Terima Nikahnya



Sebuah nurkilan adabtasi dari kesah sebenar yg di jalani oleh ustaz Hasrizal Abdul Jamil yg dilahirkan di ipoh,perak. Hasil rentetan yg menarik serta mampu memberi keinsafan kepada golongan remaja2 dari kancah kehidupan ketimuran dan kemasiatan. Subhanallah, sungguh indah cinta sebenar yg diceritakan oleh beliau dari perut bukul ini. Tidak di sangka2 juga, setelah penat menjamah semua isi perut dari buku ini, telah mendatangkan 1 sinar baru serta 1 titik noktah kepada mereka dari terus dibelenggu dgn perasaan dan hawa nafsu serakah bimbingan serta didikan syaitan yg berterus-terusan akan menjahanamkan kaum adam.

Dalam mencari pasangan hidup, kita harus tenang dan redha, setiap ketentuan  adalah yg terbaik dari-NYA. Benar, kita tidak layak utk berbicara ttg kesempurnaan kerana ada yg lebih maha dari kita di luar sana, ALLAH S.W.T. Segala yg dirancang telah ditentukan, jika benar pada paksinya, Insya'ALLAH, segala yg di aturkan pasti akan menjadi. Kita harus belajar dari kesilapan kerana dari situlah kita sedar diri ini masih kurang ilmunya, dunia ini hanyalah buat sementara.

Namun jgn di salah ertikan pula, pada awalan mukhadimah mmg lah lebih di beratkan ttg perkenalan pada atas angin. Di mana 1 perhubungan terjalin bukan seperti cerita2 cinta zaman sekarang. Saling kenal mengenali, keluar dating, tahu rupa paras pasangan, malah ada juga yg mengambil kesempatan mahu mengenali pasangan lebih mendalam sampai ke akar umbi. Itu tidak baik utk kesihatan malah di canggah dari hukum agama. Tidak juga agama menyuruh supaya kita hanya berserah dan redha sahaja pada takdir dan ketentuan pada nasib bakal pasangan kita.

Sememangnya, kita telah diberi peluang utk memilih pasangan kita dari segi

Linasabiha... yakni, keturunannya.. kita diberi peluang utk mengenali pasangan kita tapi ada caranya, kalau tak masakan pula kita boleh tahu asal usul keturunannya jika kita tidak mencuba utk mengenali beliau terlebih dahulu. Mengenali beliau dgn bertnya pada pihak yg boleh di percayai yakni bkn golongan2 jaga tepi kain org, tp mereka2 yg rapat dgn beliau. Harus di igt kan, jgn sesekali kita tersalah tnya, krn ia boleh mendtg kan fitnah jika org berkenaan berkata bohong atau ada niat mahu menjatuhkan beliau dan keturunannya. Maka carilah sumber2 yg tepat dan sahih..

Walimaliha... iaitu hartanya.. kita diharuskan mencari pasangan yg banyak hartanya. Don't miss understand pula, maksudnya disini carilah pasangan yg tinggi akhlaknya, yg tahu tanggungjawabnya, yg mengerti ibadah rumah tangga, yg tahu kiblat dan solahnya, serta mampu menampung ekonomi sebuah institusi kekeluargaan. Manakan tidaknya, takkan kita nak pasangan yg tiada wawasan serta jati diri yg kental, kalau begitu siapa lagi yg boleh kita harapkan, bukankah dalam rumah tangga si isteri dan suami harus bekerjasama dalam membangunkan sebuah keluarga itu ke arah islamiah dan kehidupan yg selesa. Bukan kekayaan dunia yg kita cari tetapi kehausan pahala utk bekalan akhirat. Boleh dikatakan disini cukuplah sekadar menikmati kehidupan yg serba sederhana, bkn sederhana bermaksud rumah sebesar gah yg mampu di sedekahkan kepada anak2 yatim tetapi cukup sekadar mampu membumbungkan seisi keluarga, bukan juga kereta sehebat di litar lumba padahal hanya digunakan utk ke pasar shj, cukup pabila ia mampu membantu mempermudahkan setiap pergerakan seisi keluarga ke tempat yg di berkhati.

Walijamaliha.. dimana kecantikkannya dinilai.. Subhanallah, di era yg makin mencabar ini begitu ramai di lahirkan insan2 yg cantik2 belaka. Memang perkara ini tidak dapat dijangkal lagi kerana setiap sudut, pelusuk, merata tempat, pasti ada sang hawa yg jelita2 begitu juga si teruna yg hebat2 lagak gaya mereka. Bagaimana hati tidak terpaut jika di hidangkan pula dgn santapan tubuh2 yg semestinya menarik dan menawan. Nauzubillah, Ya Allah, moga Engkau kuatkan hati dan dibina benteng di kaca mataku dari terus dihanyutkan dgn perasaan lahanat ini. Sedarlah, kecantikan tiada yg kekal. Semua itu  hanya pinjaman sementara. Sememangnya kita diberi pilihan utk memilih pasangan dari segi kecantikan, namun maksud sebenar yg cuba disampaikan adalah, kecantikan rohani, kebersihan pada wajah2 kekasih Allah S.W.T, kesempurnaan akidah dan ibadah, serta keluhuran dan keredhaan pasangan kita utk menerima kita sebagai raja atau maharani di hati kamar mereka buat selamanya. Sekadarnyalah jika kita memilih pasangan yg indah dan cantik di hati kita, yakni, berbaloilah jika dari raut wajah pasangan kita mampu mendatangkan ketenangan di dalam jiwa.

Walidiniha..agamanya.. Alhamdulillah, panjat kesyukuran yg tak terhingga pada kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T jika kita dikurniakan pasangan yg tahu agamanya, tahu larangannya, kenal tuhannya, serta tahu membezakan haqq dan batil. Alangkah indahnya, di hadiahkan seseorg yg boleh dijadikan teman dalam mendalami keindahan islam, seorg insan yg boleh di ajak berdebat ttg islam, seorg muslimah atau muslimin yg mampu menyanyikan kita lagu2 shahdu dari isi perut Al-Quran Nur Qarim, seorg perwira atau wirawati yg berani memperjuangkan serta mempertabatkan islam di sanubari golongan fasiq. Namun yg utama, dalam isu berjihad ini, tidak pernah sesekali beliau lupa akan tanggungjawab beliau yg hakiki sebagai seorang khalifah, pejuang serta penjana di dalam institusi kekeluargaan...
 
Sebelum Aniki mengakhiri post kali ini utk hari ini, Aniki menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika post kali ni ada terkasar tutur katanya mahupun tersilap menyampaiannya, sesungguhnya yg baik itu dari-NYA dan yg khilaf itu adalah salah Aniki sendiri. Moga kita semua tidak lupa tanggungjawab kita yg utama. Sebagai khalifah Allah kita harus saling mengingati.

~aniki~

Monday, January 17, 2011

pre monolog..

today is 17th of January, 2011...
3 months to go for my birthday... and for almost 2 months I wasting my time doing nothing, just helping my sister run up her cake business at kampung... some said patience is a virtue, others said it so unavailing waiting for the end... just go on with what has fate for you... go on? is only that what i have to do? just go on? what if i will never be success in my life? keep on hoping, waiting, crying, and dying? like that? is that is what you trying to tell me?

By the way this fellas looking at me, they always though I am from the rich, happy, and lucky family. But the truth is, I am just an ordinary girl who is hoping can bring a joy and happiness in my family. Yeah, You can tell that my personality doesn't show im suffering from family problem. Also, I know Your first impression when You saw me, doesn't look like im dying for bring forward my own self. Even I admit that I am from the comfy background, without anyone realise because of the conflict of politician now days plus the unstable economic, we had a very extremely family eco problem.

Can You imagine, I have to sacrifice my own future, my own career, my dream, my satisfaction, for my mum. At all time will be like this. But I am not blaming her for what happen, because I trust on my mother's premonition. The nurture is in my blood stream. Insya'ALLAH...

~aniki~

Friday, January 14, 2011

Acap Kali Ku Terhayut...

 Pertama kali aku tergugah dalam setiap kata-kata yang pernah kau ucap pada aku. Dan bila hari makin diselubungi malam suara hati membisik pada aku untuk memberanikan diri mencoret semua perasaan ini. Kata orang rindu itu indah, tapi bagi aku ia cukup menyiksakan dan membunuhku. Maka aku terfikir untuk membenci bayangan itu, namun teramat sukar bagi aku membenci dirinya, sungguh payah. Telah aku pejamkan mata bila aku ingin bernafas lega dan dalam tidak sedar aku sedang berada disatu persimpangan jalan yang amat sulit untuk aku pilih. Aku peluk semua kenangan indah lalu itu sampai aku ketemui suatu hikmah yang aku rasa sangat tulus. Walaupun sebenarnya masih ada dan tiada cinta dalam jiwa, pada aku ia dah tak bermakna lagi, kerana yang tinggal sekarang hanyalah separuh diriku. Yang sedang menanti sama ada untuk dikuburi bersama kenangan lalu atau bakal disirami air penawar yang mampu menyembuhkan luka ini.

Hanya namamu di hatiku dan semua jiwa serta raga telah aku serah dengan tanpa sebarang dusta. Namun terkadang cinta kita terusik dengan perasaan amarah dan cemburu walau sesaat. Tapi dengarkanlah, seribu musim takkan mampu menghiburkan hati yang penuh lara dan entah mengapa kita akhirnya berpisah jua disaat cintai ini mulai menjalin. Suara hati seorang kekasih bagai nyanyian shurgawi, dimana ia takkan berdusta walau ketamakan kasih sayang yang sedang merajai diri dengan penuh emosi, namun jauh didasar hatiku tetap aku mahukan kau sebagai cintaku.

Denting yang berbunyi dari dinding kamarku telah sedarkan diri aku dari lamunan yang panjang. Tak terasa malam kini semakin larut dan sampai kini aku masih terjaga dalam lamunan dan angan. Cinta, kau di mana aku ingin bersama kerana aku perlukan kamu untuk tepiskan semua rindu ini. Adakah mungkin kau di sana merasai sama seperti apa yang aku sedang rasa di sini, di malam ini. Rintik gerimis telah mengundang kekasih di malam ini, dan kita menari dalam rindu yang indah, namun sepi ku rasa di hatiku saat ini. Oh, cintaku jika kau di sini, disampingku, alangkah tenang jiwa n perasaanku..

Walau ada perasaan sedikit malu, akhirnya aku harus akui bahawa keberadaan cintamu dalam hatiku yang kau sedang renangi kini makin menemui tahap yang makin mendalam. Resah singgah bila terjadi perang antara kita akibat dari peperangan dua emosi kau dan aku. Pernah aku menanamkan semangat jangan pernah menyanjung cinta bila aku masih tak mengerti maknanya cinta namun ada satu wabak yang terindah dalam dirimu yang kini ada di jiwaku dan aku inginkan cerita cinta yang terindah bagaikan dalam dongeng dimana sebuah percintaan yang sentiasa berhujankan rindu namun aku masih meragui adakah asmara kita ini akan kekal lama. Jujur aku katakan dalam hatiku terhibur bila senyuman mahalmu Mekar dibibir…

KESEMPURNAAN..

Mempelajari erti kesempurnaan yang sebenar..

Secara fitrah, tiada diciptakan oleh NYA barang sesiapa yang cukup sempurna dari segi lahiriah mahupun zahiriah seseorang manusia itu di muka bumi ini melainkan dengan kehendak-NYA, jadi lahirnya golongan para Nabi dan Rasul, dimana terciptanya Mereka di atas keperluan utk membimbing umat-umat supaya tidak  dimurkai. Maka, jangan sekali di antara kamu mengatakan atau menyatakan kesempurnaan sesebuah perkara adalah kerana lahirnya dari makhluk ciptaan-NYA kerana segala yang baik adalah terjadi disebabkan keizinan yang telah di amanat kan dari-NYA kepada kita, MANUSIA.

Aniki tidak mengejarkan kesempurnaan pada mahabbatun kerana Aniki sendiri sedar tahap kemampuan dan kekurangan yang Aniki perolehi. Daripada kesilapan Aniki terus belajar memperbaiki khilaf yg bertimbun. Namun dalam perihal keduniaan ni, Aniki kena terus berfikir dan menganjakkan diri lagi utk menapak di puncak.

Aniki tidak mengharapkan seorang pencinta yang mampu mengarah seluruh dunia agar semua umat manusia tunduk padanya, tapi Aniki dambakan seorang kekasih yang mampu mentadbir sebuah keluarga yg hanya terdiri daripada darah daging keturunan kami.

Aniki tidak mengharapkan Mufti Perak tercipta untuk membimbing Aniki untuk melakukan kebaikkan tapi Aniki mengidamkan seorang imam muda sebagai batu loncatan Aniki mendidik si manja agar mereka dipertahankan dgn dinding ilmu suci.

Aniki tidak mengharapkan kalungan emas permata sebagai ukuran tanda sayang dan rindu seorang pencinta pada diri Aniki tapi Aniki mengimpikan sebuah kucupan mesra yg halal singgah di abadi buat selamanya.

Aniki tidak mengharapkan terbinanya sebuah mahligai indah di tepi bukit mahupun di tepi pantai kerana Aniki takut bumi menelan Aniki bersama mahligai tu, tapi Aniki mahukan sebuah teratak kecik tetapi sungguh sempurna dan di hiasi dengan khalimah-khalimah suci moga Aniki tidak sesekali melupakan-NYA.

Aniki tidak mengharapkan semua orang menyukai Aniki kerana Aniki tidaklah sehebat Siti Khadijah mahupun Siti Aishah tapi Aniki amat dahagakan cinta yang sebenar yang lahir dan matinya dari hati bukan kerana nafsu mahupun sekadar utk memecahkan kesunyian, cinta Illahi.

~Anik~

Rasulullah..


Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

IKAN di laut, ASAM di darat...

'awk..sy minx maap sgt2 dkt awk..hmm...sy syg awk..tp sy xtaw mcm ne nk tnjk pd awk..tp btl..sy syg awk..'

'wk..sy xpe2 la..klu btol wak syg sy,wak jga dri wak..jg akhlak wak..jg pandangn wak..jg hati wak..jg solat wak..jg agama wak..jg fmly wak.itu aje..'

'awk nk pe? sy nk bg something pd awk spya nnt bla sy jauh,awk leh igt sy..awk pilih lah..sy belikn bear utk awk ek?'

'wak..sy xnk wk curahkn perasaan syg wk pd sy dr segi hrta benda..sbb benda tu suma x kekal lama..wak nk bg sy bear? sy dah besar,xseswai ada bear di atas katil sy,nnt sy nak solat takot tersembah plk bear tu..xkn wak anggap sy sbg hmba utk menyembah wak 5kali sehari kan..'

'awk..nnt kita jmp ek..sy ada hdiah utk wak..tp x sberapa..hope awk trima ek..'

'wak..sy tau wak penat blaja,cri wit,sy kagum wak ada kesedaran utk memikul tgjwb wak sbg seorg ank lelaki dlm fmly, jd slagi sy bkn di bwh tggungngan wak, sy xmau tgk wak terbeban utk sy, itu akn wat sy serba slah pd ibu & adik2 wak..apa kta wak bg hdiah tu pd ibu, mst ibu suka kan..'

'awk lawa! sungguh,sy puji bkn perli,ihklas ni'

'wak..terima kasih ek sbb sudi puji sy sbb sy sndiri xprnah trasa sy lawa...lawak tu adalah...huhuhuu...tp kan wak,sy slalu bhrap spy wak trima sy bkn krna rupa sy yg x kkal lma ni...dan kn lg afdal klu wak bg pujian ni pd ALLAH krn tlah cpta kn kta sesempurna ni..'

'awk..3ma ksih sbb 3ma sy dlm life awk..sy ni xhebat mna,im jz an ordinary guy..xreti nk outstndg2 ni..haha..'

'wak..sy yg ptot trima ksih pd wak sbb sudi 3ma sy dlm life wak..tugas sy hnya menerima..sbb sy bhrap wak dpt memberi..beri tnjuk ajr pd sy ttg religious kta..beri nafkah yg hlal bila kta dberi pluang utk hdup bersma..beri contoh yg baik utk tauladan ank2 kta..beri pluang pd sy utk lbih mendalami islam bersma..beri kesmptan pd kta utk bsma2 menikmati keindahan dalam islam di dunia smpai akhirat..'


'awk..jgn tggl sy tau..'

'wak..insya'ALLAH..takdir dah menentu kn..jka baik niat kta,di ikuti dgn lafaz akad bismillah,dan cara yg betul,sy akn wak perolahi..tp jka ajal yg lebih dahulu merisik sy,mka terkuburlah kisah ini,sbb kta milik ALLAH..dari-NYA kta dtg,dn kpd-NYA jga kta kembali..jd sy xbrani nk jnji apa2 dlm perihal ni..'

'I love you comot!'

'sengal..'

Monday, January 10, 2011

aNa

peh! boleh plak la budak mentah tu menang dalam AJL kali nih...terasa semak and nak sepak2 jer...(tompang glamor)...xdelah...aniki tak kesah pon sape nak menang sebab janji abg angkat kesayangan aniki menang persembahan terbaik,oklah...sbb jenuh aniki ajor dia berenang pakai speck tuh...hahaaa...

ada ke patot, tengah syiok2 aniki layan show AJL tuh, tiba mai abg aniki pegi slow kan volume tibi...peh...hangin toi...nasib bek dia abg...diam jela...dalam ati terasa nak maki jer...hahaaa...tak kan nye aniki berani nak wat camtuh, nak jegil mata kat dia pon tak brani...hahaha....(respest la konon)...

tup..tup.. ada pulak yg kata aniki nak tompang nama minah gedix tuh? wow! wow! hold on plz... nama aniki jauh lagi bermakna and tulus dari nama minah tu,ok...(syiok sendiri)... i am proud with my own self and name...hahahaaa...sengal aniki jadinye utk malam nih...ades...

tapi bkn lately ni aniki mmg sengal kew??? wat eva lah... janji life must go on...hihihii...

c ya soon!