My photo
So lost deep inside, Is all that makes me. My true identity, Is hard to see. To my friends and family, I’m a different me. I have a secret identity, Wonder if you’ll ever see. My thoughts and actions, Are all that makes me, But some things I may do, May not describe me. Now look inside me, If you ever feel, like it, I’m no-one but me, Never hiding my identity. Don’t say I am hypocrisy, Because I never showed you, two of me. Now please, Look at me, Try to see the real me. I’m no-one but, my real identity.

Tuesday, January 25, 2011

Jom Kawen!

 hahahahaa...Aniki bukan apa....sebenarnye dah tak tau nak post apa utk entry kali ni...
so Aniki post jela TIPs nih sebagai panduan dan bimbingan utk kita bersama..
for those yg dah kawen pon seswai gak kalu sudi nak baca entry nih...
ok..yg pasti entry ni Aniki tak tuju kan pd sesapa,
entry ni hanya sebagai santapan rohani 
sebagai umat yg harus saling
mengingati...

Entry kali ni Aniki senaraikan tips yang menarik untuk kita kongsi bersama terutama bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat ni (Aniki tau ramai member2 Aniki dah gatai benor nak kawen hujung thn ni) dan tips ni juga seswai bagi mereka yang telah berkahwin, so enjoy it:

1. KETIKA MENCARI CALON

Time nak cari pasangan harus dingatkan janganlah mencari seorang perempuan sebagai isteri kita, tapi carilah seorang wanita sebagai ibu kepada anak-anak kita. Dan janganlah mencari lelaki sebagai suami, tapi carilah seorang jejaka bakal ayah kepada anak-anak kita. Kerana merekalah pembentuk serta bakal mencorakkan akhlak anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR 

Sebenarnya kita bukan sedang meminta izin kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta keberkatan daripada Allah melalui orang tua/wali si gadis tersebut. Kerana dari keredhaan ALLAH kita dapat mencengkam nikmat kerahmatan serta kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan.

3. KETIKA AKAD NIKAH 

Disaat inilah kita bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN 

Cuba kita catat dan hitung semua tamu yang datang ke majlis perkahwinan kita untuk mendoa'kan kesejahteraan rumah tangga yg kita bina pasti ramaikan. Tapi tanpa kita sedar sebenarnya kita telah melakukan kesilapan dan harus meminta maaf kepada setiap tamu yg hadir apabila kita terfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

 Bersyukur dan bersabarlah. Kita adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. Tiada kesempurnaan di dalam diri setiap manusia namun telah di anugerahkan keistimeaan yg tersendiri utk saling kita melengkapi antara satu sama lain.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

 Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. Daripada kesilapan kita akan terus belajar utk memperbaiki diri masing-masing.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

 Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan. Di sini kesetiaan diuji, dugaan datang bagai tusukan belantan di hati tapi ubatilah ia dgn pupukan kasih sayang yg telah di halalkan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK 

Cintailah isteri atau suami kita 100%. Hargai setiap detik dan saat yg terindah ini bersama. Tiada yg lebih teragung dapat menandingi cinta suami isteri seperti adam dan hawa.

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK 

Cintailah isteri atau suami kita 100% dan cintai anak-anak kita masing-masing 100%. Cinta adalah senjata terhebat di dalam sesebuah keluarga, tanpa cinta antara ibu bapa dan anak-anak, maka punah lah segala kebahagiaan yg tercipta.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM 

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan kepada suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG 

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita. Suka duka bersama, susah senang harungi bersama.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI 

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI 

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

No comments: