My photo
So lost deep inside, Is all that makes me. My true identity, Is hard to see. To my friends and family, I’m a different me. I have a secret identity, Wonder if you’ll ever see. My thoughts and actions, Are all that makes me, But some things I may do, May not describe me. Now look inside me, If you ever feel, like it, I’m no-one but me, Never hiding my identity. Don’t say I am hypocrisy, Because I never showed you, two of me. Now please, Look at me, Try to see the real me. I’m no-one but, my real identity.

Friday, January 14, 2011

KESEMPURNAAN..

Mempelajari erti kesempurnaan yang sebenar..

Secara fitrah, tiada diciptakan oleh NYA barang sesiapa yang cukup sempurna dari segi lahiriah mahupun zahiriah seseorang manusia itu di muka bumi ini melainkan dengan kehendak-NYA, jadi lahirnya golongan para Nabi dan Rasul, dimana terciptanya Mereka di atas keperluan utk membimbing umat-umat supaya tidak  dimurkai. Maka, jangan sekali di antara kamu mengatakan atau menyatakan kesempurnaan sesebuah perkara adalah kerana lahirnya dari makhluk ciptaan-NYA kerana segala yang baik adalah terjadi disebabkan keizinan yang telah di amanat kan dari-NYA kepada kita, MANUSIA.

Aniki tidak mengejarkan kesempurnaan pada mahabbatun kerana Aniki sendiri sedar tahap kemampuan dan kekurangan yang Aniki perolehi. Daripada kesilapan Aniki terus belajar memperbaiki khilaf yg bertimbun. Namun dalam perihal keduniaan ni, Aniki kena terus berfikir dan menganjakkan diri lagi utk menapak di puncak.

Aniki tidak mengharapkan seorang pencinta yang mampu mengarah seluruh dunia agar semua umat manusia tunduk padanya, tapi Aniki dambakan seorang kekasih yang mampu mentadbir sebuah keluarga yg hanya terdiri daripada darah daging keturunan kami.

Aniki tidak mengharapkan Mufti Perak tercipta untuk membimbing Aniki untuk melakukan kebaikkan tapi Aniki mengidamkan seorang imam muda sebagai batu loncatan Aniki mendidik si manja agar mereka dipertahankan dgn dinding ilmu suci.

Aniki tidak mengharapkan kalungan emas permata sebagai ukuran tanda sayang dan rindu seorang pencinta pada diri Aniki tapi Aniki mengimpikan sebuah kucupan mesra yg halal singgah di abadi buat selamanya.

Aniki tidak mengharapkan terbinanya sebuah mahligai indah di tepi bukit mahupun di tepi pantai kerana Aniki takut bumi menelan Aniki bersama mahligai tu, tapi Aniki mahukan sebuah teratak kecik tetapi sungguh sempurna dan di hiasi dengan khalimah-khalimah suci moga Aniki tidak sesekali melupakan-NYA.

Aniki tidak mengharapkan semua orang menyukai Aniki kerana Aniki tidaklah sehebat Siti Khadijah mahupun Siti Aishah tapi Aniki amat dahagakan cinta yang sebenar yang lahir dan matinya dari hati bukan kerana nafsu mahupun sekadar utk memecahkan kesunyian, cinta Illahi.

~Anik~

No comments: