My photo
So lost deep inside, Is all that makes me. My true identity, Is hard to see. To my friends and family, I’m a different me. I have a secret identity, Wonder if you’ll ever see. My thoughts and actions, Are all that makes me, But some things I may do, May not describe me. Now look inside me, If you ever feel, like it, I’m no-one but me, Never hiding my identity. Don’t say I am hypocrisy, Because I never showed you, two of me. Now please, Look at me, Try to see the real me. I’m no-one but, my real identity.

Monday, October 26, 2009

onar berduri..

setiap pertemuan pasti akan adanya saat perpisahan. Walaupun sewaktu pertemuan itu tidak dinyatakan pula jangka hanyat perhubungan itu tetapi di saat perpisahan pasti ada air mata yang mengalir. Pertemuan itu adalah satu jodoh yang telah di tentukan, sama juga dengan perpisahan, setiap perpisahan pasti ada hikmah dan pengajaran yang perlu kita tafsirkan.
Namun telah menjadi fitrah setiap manusia pasti akan tertarik pada yang cantik, tetapi ingatlah kecantikkan bukanlah suatu sifat yang kekal, ia hanya sekadar perhiasan untuk ditatapi dan dikagumi moga kita tidak lupa pada kebesaran yang maha esa. Palingkanlah pandanganmu jika mereka menggoyahkan keimananmu. Lindungilah pandanganmu dari pancaran aurat mereka kerna ia bakal mengundang petaka. Lalu hiasilah diri kamu dengan perisai kalimah-kalimah suci moga terbuka pintu hati mereka untuk meneladani kamu menuju ke jalan yang benar.
Dia lah penawar, Dia lah racun. Satu insan yang sama tapi pembawa dua wabak yang berbeza. Apa yang cuba dikatakan disini adalah, penilaian seorang insan yang kita percaya dan sanjungi tetapi dia juga pembawa onar duri dalam hidup ini. Kebenaran telah termaktub, orang yang paling kita sayang adalah musuh yang paling hebat pada kita, sebab itu kita perlu sayang mereka seadanya kelak kita bakal membenci mereka secukupnya. Maka daripada perkara ini terjadi lebih baik kita berwaspada. Lebih baik menghindar daripada kita di khianati.

Thursday, October 22, 2009

sampai bila???

seribu satu perasaan sedang aku lalui di saat ini, ada yang menggembirakan, ada juga yang menyedihkan, dan ada juga yang mendebarkan, tapi memang aku amat kerunsingan di waktu sebegini, itu yang pasti. aku di uji lagi dengan kesetiaan dan kasih sayang di antara seorang kawan ataupun kekasih. kekeliruan yang sering menghantui jiwa raga aku setiap kali ada yang cuba bertandang ke hati aku dengan niat yang suci untuk memperhangatkan lagi perhubungan antara aku dengan mereka.
aku tidak mahu menyakitkan hati sesiapa, bukan itu niat aku, aku sayang pada semua insan yang hampir dengan aku walaupun memang sukar untuk mereka rasa kasih aku itu, kerna aku sedar kasih aku sentiasa tidak kesampaian. bertubi-tubi lagu aku dengari hari demi hari, makin sayu dan pilu hati ini menelan segala keterlanjuran yang telah terjadi.
apa itu pertalian yang akrab jika untuk di khianati. sahabat adalah suatu hadiah kepada umat-umat yang pandai menghargai setiap perhubungan, tapi sejauh mana kesahihan itu? kesetiaan bukan hanya sekadar pada nama ataupun perlakuan, tapi juga pada hati dan niat. seteguh berdirinya taj mahal di india, semegah puncak gunung everast, sekeras batu-batu kelikir, sehebat cinta adam dan nur, itukah yang kita kejar? cinta memang indah, bagi mereka yang benar-benar menghayati maksud sebenar dalam sesebuah percintaan yang mereka jalinkan. cinta juga terbahagi kepada banyak aspek, cinta lahiriah dan cinta Illahi. pilihlah kamu..
bukan niat untuk mempermainkan, bukan juga niat untuk mempersendakan tapi apa yang aku rasakan di ketika waktu itu adalah benar kerana aku yakin dengan apa yang aku rasakan. memang mudah untuk berkata -kata indah tapi amat sukar untuk menunaikan janji. oleh itu, aku tidak berani untuk mengulang kesilapan yang sama, bukan diri aku jika itu yang berlaku, aku tahu bukan semua orang boleh menerima aku begitu juga kamu, tapi aku sedaya mampu untuk menolak perasaan itu sejauh-jauhnya. moga kamo mengerti..
sanggup aku kuburi perasaan demi kebahagiaan semua pihak dan juga kamo agar tiada yang terluka melainkan aku...
ingatlah kamo, persahabatan lebih kekal dan tidak ada istilah berpatah balik dalam sejarah kita, kamo tetap kamo sampai bila-bila, begitu juga aku takkan ke sana lagi demi mengejar benda yang bukan milik aku kerna ia milik yang maha Esa.....

Tuesday, October 6, 2009

takkan abadi...

takkan selamanya tanganku mendekatmu
takkan selamanya raga ini menjagamu
seperti alunan retak jantungku
tak bertahan melawan waktu
semua keindahan yg bernoktah atas cinta yg telah hilang
tak ada yang abadi
tiada aku bernafas sejenak sebelum hilang
takkan selamanya
jiwa yang lara segera pergi bersiaplah para pengganti

Friday, October 2, 2009

TaSFiR sebuah MIMPI...

kali ini aku bermimpi lagi, mimpi yang amat ganjil, mimpi di mana aku bakal menerima musibah lagi, adakah aku kini bakal menimpa nasib yang lebih sadis? Ya ALLAH, cukuplah dengan ujian yang bertubi-tubi telah ENGKAU berikan pada aku, aku tak berdaya lagi, sedangkan ujian yang sebelum ini pun aku masih terkapai-kapai untuk mencari jalan penyelesaian, jangan lah kamo menambahkan lagi kekusutan di jiwa ini.
aku teros berfikir tatkala mengimbas kembali perkara itu, apakah sebenarnya yang aku alami kini? Mental kah aku kerna sering menyendiri dan menjadi paranoid. Aku dah bohsan dan serik dengan setiap perkara yang sering berulang-ulang dalam sejarah hidup aku. Menjalani perkara yang sama, masalah yang sama, perangai manusia yang sama, kehidupan yang sama, orang yang sama, perasaan yang sama.
Murung, itu yang paling sesuai untuk mengkelaskan aku dan membezakan aku dari yang lain. Kesedihan yang melampau telah membuatkan aku jadi tidak seperiang dulu. Melihat punca masalah atau konflik yang berlaku sering di depan mata, membuatkan aku jadi lagi tak keruan. Adakah sekali lagi aku akan di uji dengan ujian yang maha hebatnya dari yang sebelum ini? Aku tak pasti...

Thursday, October 1, 2009

untung kamo ada orang yang menyanyangi dan ambil berat tentang kamo, tika kamo keseorangan mereka datang menemani, wakto kamo terleka meraka datang menyedarkan kamo, saat kamo bergembira mereka pasti akan tertawa bersama. walau aku di sebelah menanggung nasib yang lebih hebat tapi tiada siapa yang sudi bersama aku seperti kamo, memang aku amat cemburu dengan nasib kamo kerana sememangnya nasib aku dalam persahabatan tak akan kekal dan berpanjangan. Di mana silap aku?
kehidupan telah di tetapkan akan menempuh segala rintangan dan pancaroba yang seringan-ringan angin sehinggalah yang seberat-berat masalah. semua terpulang kepada keyakinan dan ketabahan serta kebijaksanaan kita untuk menempuhinya dan menyelesaikan nya secara positif atau negatif. segala tindak tanduk manusia dan identiti mereka adalah mereka yang memilih, kita tiada hak untuk memaksa mahupun menilai kerana diri kita sendiri tiada yang sempurna. lagu pun, ALLAH telah menyatakan sebaik-baik manusia ciptaan-NYA adalah Nabi Muhammad.



kawan apa erti sayang, jika hati tak senang..
kawan apa erti kasih, jika kita terselah pilih..