My photo
So lost deep inside, Is all that makes me. My true identity, Is hard to see. To my friends and family, I’m a different me. I have a secret identity, Wonder if you’ll ever see. My thoughts and actions, Are all that makes me, But some things I may do, May not describe me. Now look inside me, If you ever feel, like it, I’m no-one but me, Never hiding my identity. Don’t say I am hypocrisy, Because I never showed you, two of me. Now please, Look at me, Try to see the real me. I’m no-one but, my real identity.

Monday, August 27, 2012

Berkhidmat di kota London sekejap

Assalamualaikum,

Hari ni 2 Ramadhan, hari ahad, aku bercuti, berjalan la seorang diri sebab kak liza keje pagi sampai petang minggu ni, dah alang-alang kuar pegi cuci my baby saga hitam manis tu, pegi la cari cc sampai ke tanah rata, jenuh la nak cari cc kat tempat sejuk ni. Dah jmp, mcm biasa la nama pun cc so ramai budak2 main game jela. Punye sekian lama x jejak jejari manis ni pada keybord cc, mencemar duli aku hari ni juz sebab nak cari maklumat Sir. Is, second bos aku. Dia suh aku cari jadual sport 2013, gile! Tengah2 tahun ni mana la kuar lgi. So aku pun amek mna yg aku ase leh pakai jela. Nasib la. Juz pk aku lg seminggu je kat sini. Nasib baik k. Liza nak tolong wat kat surat berenti 24h.

Dalam aku cuba menghabiskan masa nak tunggu bazar kat brinchang tu bukak, aku juz jalan2 jela sekitar tanah rata. Mencari pengalaman berpuasa di tempat beringin. Huhuhu... Nak2 berjalan tanpa pk makan, yela, bulan pose kan, perut lapa mcm mna pun kena diam jela.. Huhu..

Sebulan aku tinggal kat atas bukit ni, sebulan yg panjang bagi aku. Kenapa? Sebab dalam aku berniat nak kekal kat sini akhirnya dpt tawaran sambung belajar bidang pendidikan pulak. Atas dorongan parents and bakal hubby, aku terima la. Lagi pun mmg aku always mental je keje sini. Penyandang jawatan admin f&b Equatorial Hotel, memang amat seksa, 1 jawatan yg berat, ini seyes. Dengan hotel tu mmg ada masalah pekerja kuar masuk sentiasa, memang susah. Aku nak berenti ni pun terpaksa aku amek pilihan lari dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab. Settle kan everything keje aku, baru aku blah dgn berbekal kan notis 24h tu.

Kenapa? Giler! Tak sanggup aku di maki hamun juz sbb bos baran and xnk lepas kan aku pegi. At least aku pegi dgn panuh hemah gak ada notis. Huhu...

Entah apa plak cabaran life aku lepas ni..

Minggu depan, bagi penghabisan time aku kat sini, mybe aku akan meranyap shopping pulak..huhu..












Masalah

Kalau korg ada masalah pada sapa korang lepas kan stress? Mcm mana cara korg lepaskan tansion? Nak cerita kat kawan rapat, depe pon ada masalah sendiri, share ceritaa nanti takut dia cerita kat orang lain plak, atau pun by the end dpe suruh kita tingggal kan je punca pembawa masalah tu. Kalau ada masalah dengan mak mertua nak cerita dgn sapa? Suami, nanti depe gado anak beranak. Ada masalah dengan kekasih, cerita kat teman nanti ada yg ambil kesempatan lak.

Stressnyeee..

Monday, July 16, 2012

Jejak langkah ku

Kali ni aku merantau lagi sampai ke puncak gunung, Cameron Higland, kat sini aku terus mencari rezeki. EQUATORIAL CAMERON HIGHLAND. Dah nak masuk sebulan jugak aku keje sini tp nmpak gaye nye aku kena merantau lg hujung bln ni.

Pengalaman keje sini ada kala sonok ada kala fedup. Tp pg mna2 pn mcm tu jgk suasana alam pekerjaan. Cuma kat sini ada belajar benda bru lg. Mmg xpernah tahu perihal hotel kali ni aku boleh dikatakan expert gak la, kiranye lepas ni kalau nak demand boleh la. Huhuu..

Pangkat aku kat sini as admin assistant f&b, gile byk n berat keje nye. Aku lah admin, aku lah assistant, aku la p.a, aku jgk la wat sale. Pening bhai. Dgn kena hadap muke si faisal poyo tuh, skit ati ari2 dgn baran dia, tp skali call bini dia mau lak ckp elok2. Mcm shiallah..huhu..

Biasalah, bila dah masuk tempat baru segala keburukan tmpt tu leh tau. Seyes, memang xde hotel yg dpt pengiktirafan Halal. Kecuali la klu itu hotel melayu owner, tp yelah, boleh bilang jari hotel melayu kat malaysia ni kan. Gatai sgt aku wat o.t, last2 kena serve air setan tuh, seyes sepjg mlm xleh tdo n pening.

Akhirnye aku dpt smbg blaja ijaazah pendidikan upm, bln 9 ni masuk, so bncg dgn sennior, hjg bln ni bye2 EQ..huhu..







Thursday, June 21, 2012

Proton: service centre ipoh

Pusat service dah pindah, dari menglembu ke apa nama tempat ni ek, hahahahaaa... Berhadapan dengan pusat produa falim la. Kalau dari pekan falim kena lalu bawah jejambat dan pusing ke kanan. Tempatnya selesa, mcm biasa la air je free makan bayar, huhuhu...

Major service last 2 week aku kena charge RM458.75sen. Agak hampeh la, abih sume gaji aku bulan tu bagi kat depe je. Padahal aku dah servey kat semua senoir depe kata dalam 2-3rats jer, sekali aku kena ambek ko! Hahahahaa..

Hari ni aku decide untuk stay sebab nak merasa sendiri customer service kat sini mcm mana. Cakap mcm keling pun ada, kelmarin aku call depe kata kejap je, sbb tu jgk aku dcide nak stay, sggup amek cuti ni. Ambek ko! Dah lepas lunch hour and im still here. Pasal makan tu xkisah la sangat cuma aku geram dah tau aku stay kenapa xbg tau service kali ni lama, boleh aku balik dulu membuta sekejap, hampeh...

Sepatutnya depe kena sediakan perkhidmatan kenderaan berbayar kepada pelanggan yg kena bergerak ke tempat lain sementara kereta overhall tu. At least, bg teksi ke tempat menunggu bus ke. Dah la kedai sume jauh. Hurmmmm...




Wednesday, June 13, 2012

Terus berusaha "cyahok!"

Apabila dunia di jaga oleh manusia yg rakus dan pentingkan diri sendiri, maka tiada lah kedamaian melainkan penindasan dan kehancuran.

Aku makin yakin dengan langkah yg sedang aku tempuhi ini setelah aku mulai memahami apa motif kehidupan yg sebenarnya. Fitrah, kita di lahirkan dan membesar, peningkatan usia melambangkan pengalaman penuh di dada, diselaputi dgn keinginan,nafsu dan nikmat maka kita mengulangi aliran kehidupan itu dgn lahirnya satu lagi makhluk baru yg masih tidak tahu nasibnya di dunia fana ni..

"a great power come with a great responsibility"

Tidak akan sesekali aku menidakkan kata2 tu.. Kita punya kuasa untuk menentukan masa hadapan kerana kita diciptakan ada akal dan tenaga 4 kerat untuk menabur jasa dan berkhidmat..kita ada kuasa untuk membentuk sebuah institusi keluarga maka tiada siapa boleh menidakkan kata2 td..dengan kuasa tu tadi disusuli dengan tanggungjawab yg besar untuk kita pikul demi menjaga keharmonian semua..tanggungjawab menjaga,mendidik,membesarkan,meringan kan beban orang2 di sekeliling kita serta diri kita sendiri..

Jgn pernah menyatakan kita mampu hidup keseorangan, tipu je.. Tiada orang lain siapa kita?

Saturday, March 24, 2012

Nanti Datang le LAGI..

Wah! Betul ke apa yg aku rasa ni? Atau hanya syok sendiri..


Hari Ini Dalam Sejarah... 18 march 2012...

Dalam aku berat sangat nak drive kea kampar akhirnya perjalanan ditemani Si Dia... Bior betik! Tapi itulah yg dah berlaku... Hahahaaa! Seyes, kelakar pun ada tapi tahankan jela... Lagi pun ayah bukannya sihat... Dulu...pernah aku bawak jumpa ayah juga tapi dah nampak sangat dapat tentangan walaupun pada dasarnya bukan halangan dari ayah, cuma sedikit cucukan dari golongan yg kurang perihatin.. Tapi kali ni insya'Allah everything goes well perhaps..


Hurm...hope ayah dapat rasa apa yg Si Dia rasa...and ayah dpt lend a little bit ksh syg sorg ayah pd Si Dia..huhu..


To both of you, ayah, si dia,

I Love You All So Damn Much..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kasih Ke Kasih

Adat & shai'ah


Berkasih, bercinta, dua hati bertaut kerana saling suka sama suka di antara mereka, mahu bersama tapi terhalang batas-batas agama dan perbezaan jantina, adat juga menghalang pergaulan dua jantina berbeza untuk berkasih sayang sebelum adanya lafaz akad yg bersaksikan dan berwalikan orang-orang tertentu.


Apa yg penting? Yang mana harus diutamakan? Adat atau agama? Ibubapa atau ekonomi? Batas halal atau haram?


Islam tidak menyusahkan umatnya. Benar. Tapi kenapa kita manusia yg membawa kesusahan pada diri sendiri sedangkan agama tidak melarang tapi perkara yg terlarang tu juga lah yg manusia pilih. Untuk apa?


Benar. Jodoh pertemuan, ajal dan maut bukan kerja kita, kerana kita hanya mampu merancang yg menentukan adalah Beliau di atas sana.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 14, 2012

Selagi hanyat dikandung badan

Orang kata sayang keluarga sampai ke hujung nyawa. Nak cipta sebuah keluarga bahagia tu bukan macam makan kaceang ngan nyin tu tau. D pun macam citer kartun happy three friends. Mahu bertambah kacau bilau rumah tangga tu nanti. Ia lebih kurang macam main kad happy family. Kena kumpulkan semua ahli keluarga baru lah aman dan sempurna family tu. Sebab apa-apa hal semua kena bawa berbincang bersama-sama.


Ada satu cerita nak share dgn para blogger, tapi terpulanglah pada korang nak teruskan window blogging or tak. Huhuu..


Percintaan diorang memang dah lama disemai, sejak pandangan kali pertama dua pasang anak mata tu bertemu. Segala suka duka, pahit manis, susah senang, jerit perit, diorang hadapi dengan tenang. Sebab diorang percaya pada satu prinsip. Tiada masalah dapat diselesaikan tanpa perbincangan. Lagi pun pengalaman yg lalu telah banyak mengajar diorang untuk lebih bersedia dan menghayati kehidupan bersama ni.


Sampailah mereka mampu bertahan hingga ke jinjang pelamin. Kehidupan berumah tangga menjadi lebih nikmat buat diorang. Walaupun

'anje ni rocklah!' ,

'abang ni sume benda nak cool je!'.

Ternyata diorang bahagia. Siapa sangka dalam menyulam asmara tiba-tiba hadir orang ketiga. Dua-dua dah terbayang macam mana riaksi opah-opah and makpak sedara baby dalam rahim si ibu. Si ayah pula tak habis-habis syukur dengan kunci bahagia diorang tercipta juga. Makin belangkas diorang, shopping sama-sama, masak kat dapur berdua, kalau sorang duduk kat depan tv mesti sorang lagi datang menyending, kalau sorang dah penat mesti sorang lagi belai-belaikan. So sweet. Solat selalu berimamkan. Subuh dikejutkan dengan mesra. Tidur didodoikan. Sape taknak kan... Hurm...


Cukup 9 bulan. Ovum dah bertemu sperma menjadi kepulan darah berubah ke bentuk janin dan ditiupkan roh supaya menjadi seorang bayi. Opah kat kg dah bersiap nak sambut cucu pertama ni, buai berbunga dah siap, ayam bergolek-golek dah buang bulu, ikan haruan berekor-ekor dalam peti ais, bantal comel-comel dah bersarung kartun boboi boy. Memang yakin baby boy lah tu, sebab papanye pun anak lelaki tunggal dalam family. Lain pulak dengan kerenah nenek sorang lagi. Baju kecik semua dah berjahit siap hangger kan lagi, kambing sekor dah bertambat tunggu tukang sembelih je, masing-masing tak sabar tunggu kepulangan diorang sebab rancang nak dilahirkan ahli keluarga baru tu kat kampung je sebab kebetulan diorang cuti sama-sama, musim sekolah la katakan.


Pagi selepas subuh macam biasa, tangan dicium, dahi dikucup, bibir disentuh bibir, belaian manja di hujung perut, menandakan diorang akan terpisah buat sementara waktu atas permintaan tugas masing-masing. Namun pagi tu berat betul diorang nak menjauh. Genggaman erat macam tak mahu dilepaskan sampai mati. Kucupan tu mesra sekali. Setiap butir bicara diorang tiada yg menyakitkan hati.

''tak apa sayang..nanti petang kita jumpa, ok..sayang jaga baby tu..jaga diri tu..esok kita balik kampung ye..''.


Siapa sangka, petang yg sepatutnya bertemu dua pasang mata tu rupanya berjanji bertemu jasad sahaja. Lutut bagai nak luruh, tapak kaki bagai tiada untuk berdiri, kaki bagaikan lumpuh untuk melangkah. Isteri mana tak cam suami kalau dah tidur sebantal, makan sepinggan, duduk serumah, berjalan seiring melangkah. Lulurnya hati bertambah bila melihat air mata ibu gugur sesampai di kampung halaman. Disangkakan pulang bertiga rupa nya berdua dengan jasad anak lelakinya yg tak bernyawa.

''ibu, nana minta maaf. Nana gagal tunaikan janji nana pada ibu untuk jaga abang...'' ,

''sudahlah nak, bukan salah kamu, Allah lebih sayangkan dia. Mungkin sebab tu dia tinggalkan kamu zuriat dia untuk permudahkan kamu sambung pelihara baby tu tanpa risaukan dia lagi..''


Sekujur badan di pembaringan tanpa menguit sikit pun. Tapi hati ni berbait-bait sakitnya untuk melepaskan kau pergi buat selamanya.

''abang..sayang dah tak tahu nak bagi apa pada abang..abang..kita dah janji takkan tinggalkan antara 1 sama lain kan? Tapi abang mungkiri janji.. Apa sayang nak buat sekarang? Nanti baby ni tanya mana papa dia, apa sayang nak jawab? Kita dah janji nak besarkan anak-anak sama-sama kan.. Ni baru sorang, mana lagi? Sayang nak abang.. Sayang perlukan abang dalam dewan bersalin nanti.. Abang janji abang datang tau..''.

''Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa suamiku.. Sesungguhnya dia dah menjalankan tanggungjawabnya terhadap aku dan ibunya dengan baik sekali.. Kau ringankanlah azab perhitungan dengan dia.. Sesungguhnya dia juga manusia yg sering di duga dengan godaan makhluk durjana-Mu.. Moga kau tempatkan dia di sisi golongan hamba-Mu yg soleh..'' .

''abang.. Sayang dah terputus layanan sayang pada abang.. Sayang hanya mampu iringi abang dengan dan temankan abang dengan didikan agama yg abang dah bagi pada sayang je.. Sayang janji, sepanjang jasad abang masih ada kat atas bumu ni, sayang temankan abang dengan bacaan ayat-ayat suci ye.. Ampun segala dosa sayang pada abang selama abang bernafas dengan sayang dan halalkan segala makan minum yg selama ni abang beri pada sayang''.

Maka, hinggaplah kucupan buat kali terakhirnya di seluruh wajah si suami dengan penuh syahdu. Dan malam itu juga,

''ibu..malam ni biar nana tidur di sisi abang buat kali terakhir ye?''


Siapa pun tak dapat menghalang, jika itu dah ketentuan Illahi. Selesai pengebumian, saat yg ditunggu selama ni tiba tanpa diduga. Lahirlah seorang putera yg bernama Ameerullah Farlany. Namun, lahirnya putera itu telah meragut hayat ibunya.

''dia ada masalah pendarahan yg serius, sekarang ni dah terlalu banyak darah dah keluar dari badan dia, ini boleh membawa maut pada dia'.

''apa kita nak buat ni, cik yah?''.

''tak ada cara lain ke, doktor?''.

''pilihlah samada nyawa baby atau ibunya?'.

''.......''


''abang.. Sayang lepaskan tanggungjawab sayang pada ibu and mama untuk jaga anak kita ye? Kalau sayang hidup pun ibarat bangkai bernyawa seban sayang dah tak mampu nak jaga zuriat abang lepas ni.. Izinkan sayang ikut abang pergi.. Ya Allah, sesungguhnya Engkau lah Maha Pengasihani lagi Maha Penyayang serta Maha Mengetahui segala yg berlaku di muka bumi mahupun di langit.. Andai pemergianku satu dosa kerana meniggalkan tanggungjawab yg Kau beri hukumlah aku.. Namun telah aku tunaikan wahyu-Mu untuk memperlihatkan anak ini beribadat pada-Mu di bumi-Mu ini..''

''doc, tolong saya lahirkan rezeki Allah ini..''

''baiklah..''


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 2, 2012

PANAS!

Hamboih......

Bukan main lagi sedap meronda pastu menyaman secara membabi buta..memang babies toi.. Dah nak habis ofis hour, pegi minum kopi jela, mcm tak biasa plak.. Dah dapat tiket tak pela, awok redho jela, sebab mmg silap awok juge sebab tindih tiket ***king tu bawah alas dashbord tapi kurang dari 5minit lagi je nak dah habis waktu kerja, yg kau rajin sangat nak menyaman lagi pejadah? Bukan aku tak bayar,siap aku pakai tiket sejam punye..suiii tol..


Ingat nak la terus pegi bayar tengok-tengok kaunter bayar pun tutup kol 4 petang! Apa kes ni! Oooo..time nak menyaman tak kire waktu, sampai malam pun kau cekau gak..abeh tu yg kami ni jenis keje pagi sampai malam celah bila nak pegi bayar? Habaq mai sat! Cilakak! Bila bayar lambat tau pulak nak naikkan total, memang hareem toi.. Memang spoil giler semangat nak gi parttime, nasib baik fikir aku kena keje gak, kalau tak, nak bayar saman ni cane.. Dari awal aku memang xde mud nak g partime, tp bila call manager, dia minta dtg jgk sbb keje banyak, gagah kan jugak la pergi, last-last duit seminggu parttime melayang macam tu je.. Hampeh!


Seyes! Memang aku takkan halal kan. Nak-nak kalau duit aku tu sampai ke tangan barua-barua bangsat negara. Kalau dapat kat golongan sepatutnya, aku redha and halalkan.. Boleh ke mcm tu? Lantaklah! Kalau aku kaya raya, aku tak kesah lah, samanlah banyak-banyak tapi biar la kena tempat kan.. Bayangkan, aku dah hati kering kena saman, ada plak minah audi sport pintu dua tu main aci nyorok lak dengan pegawai MBI tu sebab takut kena saman gak la.. Shit laa.. Kau duit dah melimpah luah, relex jela terima saman tu..


Haish..pada manusia-manusia yg terdekat dengan aku..tolong la faham perasaan aku..tansionnye hidup bila dalam kesempitan..lack of money..lack of attention..lack of time..lack of.. Wat eva..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 25, 2012

Bila disangkakan KAWAN susah senang rupanya DURING DALAM DAGING yg amat pejal..

Hari ni aku layu sangat, mata berat, pale hotak serabut, badan penat, jiwa tak bermaya, kerja pun ala kadar jer, time aku buat blogging ni pun masih tak tahu sama ada nak pegi atau tak keje part time.. Kalau dapat disorongkan bantal empuk kat kepala yg berat ni memang kompom aku hanyut di alam lain..


Hari tu lepas balik keje partime, aku meluangkan masa yg berharga dengan one of my best fren (kot) sbb dia tengah ada masalah and aku memang dah lama risaw kan keadaan dia.. Kejolak dalam institusi keluarga, bila pegangan agama dah tak di endahkan, ikutan setan di turutkan.. Akibatnya sesama manusia pecah belah, keluarga cerai berai, adik beradik berantakkan.. Dalam aku mendengar, aku terkenang kan waktu aku dalam situasi agak sama tapi berbeza plot cerita. Tak ada apa yg aku leh cakap juz bg nasihat sikit-sikit jela.. Dalam tengah klimax dia mengadu entah camne kuar lak cite ttg si gendut sehat sejahtera tu...hahahaaa..


Hurm... Memang aku tak sangka sebenarnya ura-ura yg cakap mulut lelaki lebih longkang dari mulut perempuan telah terbukti secara sahihnya. Apa la dosa kami kaum hawa di fitnah sampai membabitkan maruah kami. Senang-senang je maruah wanita diperkotak-katikkan macam kami ni makhluk paling jelik di muka bumi ni. Aduhai, kawan, tolonglah hentikan. Untuk apa kamu menjaja aib orang lain? Buat menambah dosa kamu sendiri je. Kamu mungkin tengah ketawa bahagia sebab dah mengicai tapak untuk orang lain mendirikan masjid. Tapi kamu sedar tak, kebahagiaan kamu sendiri masih belum pasti tau. Sampai macam ni sekali kamu tergamak. Apa salah kaum hawa kepada kamu? Sedangkan telah tertulis, hati kami selembut sutera, sekali dibajai dengan kasihmu, seluas lautan kami serahkan cinta padamu.


Baik bukan kepalang, manis budi bahasanya, carring each other like family, tolong menolong bagai kawan susah senang sampai mati...tapi sebenarnya setiap langkahmu ada muslihat belaka untuk mencari jalan menjatuhkan kami... Lakhnatullah... Kenapa harus ada manusia seperti kamu di kalangan kami...


Sanggup la ko bercerita aib kami, yg tak leh blah, ko FITNAH! Dayus sungguh la punye jantan bangsat! Gendang gendut tali perut, aku tunggu time je nak letopkan perot boyot ko! Selama ni ko kenyang makan fitnah bhai! Makin ko tabur cite makin besar perot ko! Aish..klu nak ekot kan, berkontena aku leh bukak cite ko, real punye, bkn kencing bhai, tapi aku fikir ko member and aku mmg tak penah sangka ko leh wt mcm ni, cilakak toi... Patot la hancur sume angan-angan aku, rupenya ko ambil kesempatan di atas keikhlasan aku kongsi prob dgn ko... Babies tul! Ekotkan aku pn mmg malas nak post benda ni kat blog aku, wat jatuh standard aku je..tapi ko mmg dah over sangat bhai... Kalau lah ada perkataan yg cruel evil leh gantikan yg ko ni kaki kencing, penipu, bwa fitnah, poyo, bangsat, babies, celaka, *unk-nown...itu lah diri kau, iblis boyot!


Astafirullahalazim...


Published with Blogger-droid v2.0.4

MY PRESSURESsss..

Owh no! Golum in the making!


Terbaeekk..ala2 gaya cakap Boboi Boy.. Giler kome oi.. Handset aku jatuh dari ketinggian lebih 7kaki.. Berkaki-kaki la.. Dah rasa macam nak bagi makan kaki je pada diri sendiri.. Hahahahaa.. Siot toi.. Lama gak la nak tunggu handset ni jatuh ke bumi, dia gliding dulu baru terhempas macam hampeh.. Cadang nak la aku guna super power flesh aku tapi gagal sebab ketumbuhan lemak di peha buat kan aku susah nak angkat kaki laju-laju.. Sebab tu acara balapan aku feiiil.. Hahahaa.. Bila dengar handset ni cium jalan, adoi.. Meraung tak bersuara aku..dengan lagak relex and cool mcm brendon freser dlm cite mummy tu, aku g amek baby ku.. Pergh! Terburai isi perot!


Hurm...awok redho... Huhuhuu... Hope sangat kamu leh bertahan sampai hujung thn sebab sepanjang masa nak ke hujung tahun ni aku banyak hal nak guna duit..ye.. Muah! xoxo..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 20, 2012

Nebes..

Waahhh!!

Almost end of the month! Tup..tup..dah nak habis bulan Feb 2012.. Ada lagi 8 bulan nak masuk tahun baru 2013.. Apa matlamat aku nak capai tahun ni? Ohohoooo...benda mcm tu memang tak pernah ada dalam kamus hidup aku 23tahun ni...kenapa ek?


Sebab aku takut tak tercapai... Sebab aku memang tak tetapkan goal aku setiap tahun... Sebab apa yg aku rancang selalu tak dapat... Sebab aku hidup tanpa prinsip dan sesuatu yg tetap... Sebab what ever happen life must go on...


Boleh ke bagi alasan macam tu? Nanti nampak sangat la pulak aku hidup tak de pendirian kan..hurm..macam mana ni????


Tiap-tiap tahun mesti org lain ada matlamat nak capai, cita-cita nak kejar tapi aku ni relex jer... Apa ada layan je... Kalau tak dapat itu bukan rezekilah kan...so watpe nak kalut-kalut, gelot-gelot nak heboh bagi tau sume orang apa yg kome nak buat setiap tahun? Kalau tercapai tak pe la, aku coonsider la jugak, tapi buatnye kecundang? Tak ke wat malu air muke sendiri je... Dat's y aku malas nak fikir benda-benda yg sewaktu dengannya... Orang kata usaha tu tangga kejayaan, so kita usaha jela, segalanya Allah dah tentukan, kalau dah ditentukan murah rezeki kamu, bersyukurlah tanpa ada perasaan riak dan bangga, andai jatuh tersungkur jangan tahu menuding jari je, cari kesilapan pada diri sendiri dulu...ok?


Kesilapan aku,

1. Tak pernah nak buat sesuatu tugas tu sepenuh hati, sebab takut kita keje lebih org lain dapat nama, selalu dah kena sebab tu aku buat biasa-biasa je, malas nak push till the limit...

2. Never think +ve, sebab everytime aku fikir yg baik-baik, benda tu takkan pernah termakbul malah sebaliknye yg jadi, so lebih baik think -ve, at least when it happen, aku tak ralat sangat...

3. Aku sememangnya tak pernah letak sesuatu tu sebagai goal or panduan sebab hidup aku, im soooo free, never kongkong hidup aku sendiri, as long aku leh hidup tanpa nyusahkan orang lain, I will do what ever I wish...


Tapi blogger lain jangan lah tiru aku, korang just baca jela ek blog sengal ni, kekadang apa yg aku post ni bukan betul sangat, propaganda and hiperbola semata jew...huhuhu... Wakenabeb!


<Mud Giler>


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 13, 2012

Spinal sprain..

Dah nk dekat 3 bulan aku keje kat sini,cukup hujung feb ni mmg abeh la kontrak aku kat sini..and terpulang la pd majikan aku samada nak aku terus berkhidmat mencurah bakti pada company dia atau tak, mcm nasib malang yg kak lin dapat. Baru nak menapak pada kedudukan status keje yg selesa dah kena berenti serta merta tanpa notis..aduh.. And it could be my turn now..


Payahnye nk cari duit sara hidup, hanya umat yg pernah rasa je tahu..peritnye lagi bila perahan keringat kita tu kena share untuk biaya orang-orang terdekat mcm adik beradik, sewa, hutang..


Awal bulan ni aku memang agak stress, backpain yg teruk sangat, nak bangun tidur tu rasa berat gila nak angkat badan ni, period pun dah tak menentu datangnye, aduh.. Mata ni pun selalu layu je, otak pun jadi malas sangat nak berfikir, tapi di saat-saat ni lah macam-macam hal datang. Bulan ni and bulan depan memang aku merasa azab sangat. Dengan roadtax kete lagi, service tertangguh sejak bulan lepas sbb tak cukup fulus, hutang kete kena gak langsai mcm biasa tiap bulan, bayar ptpTIPU lagi, seksanyee!


Penat! Penat sangat! Badan ni tak mampu and tak berdaya dah! Hari-hari keje, buat part-time sampai malam, hujung minggu catering bagai, xde cartering turun kebun pulak. Kalau dapat rest ahad pun rasa macam tak cukup, even tido sampai ke tengahari, ptg tu mst kuar gak gi perabih duit paling koman rm50 mesti burn. Hurm.. Duit.. Duit.. Lagi senang kau datang lagi cepat kau habis.. Lagi banyak aku dapat, lagi banyak benda aku nak selesaikan dengan menggunakan kau..


Bila aku nak menabung macam dulu kalau dah pantang je ada duit mesti habis. Walau dah plan untuk dibelanjakan tapi still tak xleh nak menyimpan. Melabur jela tak sudah, tapi keuntungan tak tahu lah berbaloi or tak...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 8, 2012

Kerana perasaanku cinta mati

Kita takkan faham selagi kita tak cuba letakkan diri kita di tempat orang lain. Nak2 pulak jumpa orang yg ego tinggi and selfish. Tahu lepas diri dia je, kesempitan orang lain tak pernah cuba selami. Tapi memang dah lumrah alam. Manusia kini saling menindas, malah sesama islam pun cari kesilapan masing2, tentang agama pun boleh dijadikan isu. Padahal islam tu 1 je, tak ada kembar2nye, Quran tu rujukan Hadis tu panduan, apa lagi yg nak di debatkan. Semua dah terang nyata lagi jelas.


Kerana kasih ku turutkan hati biar pun terpaksa bergadai body demi mencari kemewahan hakiki janji kau bahagia dan berjanji untuk berada di sisi sampai aku tak berdaya lagi untuk memberi mu kekayaan duniawi..


Keegoaan setiap manusia ada, toksah la nak kate xde, mmg ada, sedar tak sedar je. Sifat tu memang akan ada terutama bila di antara lelaki dan perempuan.


Tolonglah cuba saling memahami antara kita sesama manusia. Untuk kecapi sebuah keharmonian kita harus bekerjasama dalam menangani segala masalah. Jangan mudah melenting dan jangan cepat gelut. Everything must be smooth and steady. Tak ada masalah yg tak dapat diselesaikan. Allah menganugerahkan kita akal fikiran untuk berfikir secara waras, memiliki mulut untuk bijak berbicara tentang keadilan dan kebaikkan, ada pancar indera untuk melihat kebenaran, mengarahkan kaki dan tangan untuk melakukan ibadat dan amal. Ada hati bukan untuk dituruti tapi untuk menghayati...


Fikirkanlah..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 7, 2012

Makang makang

Lepas balik keje hari ni aku tak tau ke mana hala tuju. Dalam kepala rasa serabut sangat. Cadang nak la melepaskan tansion tanpa mengeluarkan pitis tapi apa kan daya, dunia kini tanpa duit we cannot do anything so the only best way to spending my money for today is EATING!! Lepas pickup my Hubby kat rumah dia terus cari kedai makan, malangnye apa yg aku nak telan petang ni kedainye tutup and pengembaraan diteruskan lagi sampai lah ke Batu Gajah Perdana. Sa House Cafe Batu Gajah.

Luaran nampak menarik and ada rupa ala-ala Top 1 kat pekan Batu Gajah jugak. Main menu pun western food jer. Tapi tengok dari luar mana nak tau best or tak kan. Tak kenal maka tak cinta.


Kedatangan kami di sambut baik oleh pelayan a.k.a merangkap owner kedai tersebut. Setelah diberi tempat duduk dan menu, aku pun macam biasalah makanan western kegemaran, chicken chop set, hubby aku ambil spegety set. Sebab set nye memang murah kalau nak dibanding kan dengan ambil ala cart.


Sebagai pembuka hidangan di jamu soup chendawan macam dekat pizza tu, sedap gak. Air aku ambil apa nama nye entah, pelik sangat nama dia, tapi yg aku rasa ada campuran 7up + jus cherry kot. Pastu sampai hidangan kami. Not bad la, cuma aku terkilan sebab my feberet CC black paper sebab kan apa yg ada dalam menu tak boleh ubah so layan jela. Sedap juga, ada fries, ayam dilitupi sos chendawan di hidang atas daun salad besar and coslow. Not bad sangat la kan. Spegety dia pun sedap gak, ayam cincang + tomato dadu and sikit vegy. Hubby aku memang tak makan vegy pun. Teruk toi mamat tuh. Huhuhuu.. Last skali, and aku pun hampir terlupa, desert dia, 1 scop ais cream. Aku pilih coklat, and my hubby took srawbery. Biasa jela yg tu.


Kesemua 2 set yang kami makan tadi masing-masing bernilar RM12.90. So total korang kira lah ye..


Kesimpulannye, menarik juga makan kat kedai ni, korang try lah pula ek. Pasni mybe aku nak try burger dia pulak sebab nampak memang menarik giler. Huhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, January 13, 2012

Why must this happen?

'sesungguhnya kita hanya mampu merancang namun dengan kehendak dan izin-NYA sahaja membolehkan sesuatu itu dimakbulkan'


Dah nak pertengahan bulan Januari 2012, akhir bulan ni dapat lah result penentuan hala tuju hidup aku apabila berakhirnya bulan Febuari 2012 nanti. Hadoi..makin panjang hayat aku tempuhi makin rumit jalan penyelesaian bagi segala bentuk masalah yg merundung jiwa ni. Para ulama selalu cakap, makin besar ujian Allah bagi menandakan Beliau sayang dan ingat kita. Bukan pulak aku nak menidakkan kata-kata tu cuma ada kawan aku sorang ni, dia punye lah beriman, solat tak tinnggal, segala yg disuruh dan ditengah dia patuhi, tapi kehidupan dia menderita juga. Mengkome pun mst dah selalu dgr cite mcm ni kan.


Ada seorang hamba-Nya yg cukup bertawakal dan tawaduq dalam menjalankan tanggungjawabnya kepada Iallahi namun nasib beliau tidak semurni seorang lagi hamba-Nya, dimana yg sorg ni suke berfoya, solat tenggelam timbul, tapi apa je yg dihajati mudah telus, belajar dapat ANC, setiap kali buat benda haram terlepas. Lalu si soleh ni mula pertikaikan perihal tu. Disebabkan dah fedup, beliau terus berubah ke arah negative tapi bkn membawa kebaikan pada dia malah dia jadi makin teruk dan kini life dia penuh dengan dosa.


Dimana kebenaranya nas-nas yg dihujah dan didebatkan oleh para-para ilmuan itu tadi?


Published with Blogger-droid v2.0.3

Bila Singer melantangkan suaranya..

Fuh! Nasib baik la time nyonya tu mengamuk bukan nama aku yg diserunye. Gila ar, kalau nama aku mahu menangis aku. Tapi cian gak la kat akak yg kena tu. Baik punye amuk nyonya tu. Adoi..


Memang semua perempuan bila dah nak monopos kena macam tu ke? Hurm..kalau dengan husband cane? Tak ke husband tu lari tengok bini amuk je tak tentu pasal. Jangan la jadi kat aku. Minta-mintak la bakal husband and incoming anak-anak aku jenis yg understanding situasi yg dihapi oleh mamanya. Amin..


Seminggu ni aku tak tau kenapa dgn hormon aku ni, asyik nak tido je tapi bila tido malam tu tak pernah lena, mesti terjaga. Kalau time aku tak period mcm ni kan senang sikit aku nak wat solat sunat malam. Hope bila aku dah suci dari hadas nanti boleh menunaikan segala yg diperintah dengan sempurna. And yg paling aku harap benda yg baik berkekalan sehingga akhir hayat aku. Amin..




Published with Blogger-droid v2.0.3

Sattledown everything

Kalau lah aku ada kuasa untuk bersuara memang aku nak merungkaikan segala persoalan agar ia menjadi simpulan yg kemas supaya ia tidak terbuka lagi di minda mahupun dari mulut dia, aku, kawan-kawan, family, musuh ketat mahupun siapa sahaja.


Lagenda kisah cinta romeo dan juliet yg satu ketika dahulu amat bahagia dan indah di mata teman-teman yg memandangnya malah telah pun mendapat restu orang tua walaupun samar-samar kini berakhir tanpa sebarang ending yang pasti. Trajis sungguh. Haluan di bawa tanpa memikirkan bahawa segalanya telah berakhir tanpa sedar.


Andai aku ada kesempatan itu, aku nak bersemuka dengan kebenaran dan aku nak semua tahu perkara sebenar apa yg aku alami. Mata kasar plus hati buta seseorang manusia tak dapat menilai sesuatu tu dengan adil walaupun dia seorang yg bijak laksana.


Akan aku semukakan 4 pasang mata ini di suatu ruang kebenaran.


Juliet : terpulang pada romeo nak fikir apa tentang pertemuan ini. Dan ini juga mungkin pertemuan terakhir kita. Itu semua Juliet serah di atas pertimbangan Meo. Pada Ju tiada apa dapat diubah lagi antara kita melainkan sebagai sahabat semata-mata yg tiada menyimpan dendam atau sebarang perasaan yg mendalam.


Romeo : Ju nak cakap apa sebenarnye ni? Bagi Meo semua dah terjawab dah, cukuplah. Dah tak apa yang nak berbincang lagi. Im happy for your happinest.


Mark wenchester : sudahlah Ju. Benda dah settle. Takyah la nak ungkit lagi. Kami dah tau segalanya.


Juliet : You thing so? How 'everything' it is you know? (sambil wat jari bracket)


Eady : huhh..(mendengus penuh menyampah pada mark) kau diam jela mark, dengar je depe nak cakap.


Romeo : Cepatlah ju, Meo ada banyak hal lagi ni, nak ambil adik Meo lagi, bawak mak Meo balik Teluk lagi. Apanye nak bincang?


Juliet : Meo pasti ke tahu apa sebenarnye yg terjadi antara kita dulu and present?


Romeo : Dah la, Meo xnak tahu pun. Lantaklah. Yg pasti semuanye dah jelas depan mata. And thank you for everything. Ed, aku minta 1 je, kalau betul kau sayang Ju, please take a good care of her, witch mean, dont ever you abaikan dia, walau sesibuk PM pun kau punye situasi,ok.


Eady : relex dulu Meo. Benda ni kena setel cara elok. Aku pun tak nak orang pandang aku perampas hak kau.


Juliet : You see..


Romeo : Nampak apa nye? (nada tak puas hati)


Juliet : Sebelum Ju mulakan, Ju nak tau semua yg terbuku dalam hati Meo, apa yg Meo marah sangat dengan Ju sampai suatu ketika dulu Meo pernah minta Ju yang buat keputusan di atas perhubungan kita yg dah lama berkecai ni.


Romeo : Meo dah cakapkan, Meo nak tumpu lebih pada study, family and agama. Lepas kita tak ada apa-apa, akhirnya Meo dapat dean for final sem.


Julia : Jadi, Meo nak katakan sebab kita bersama, Ju punca Meo tak boleh berjaya, macam tu? And for that reason, you break us out by telling others before me? Why? Kenapa perlu orang lain yang tahu dulu sebelum Ju?


Romeo : No! ... What?? Meo tak pernah putuskan apa-apa hubungan kita. Sebab tu Meo minta Ju yg buat keputusan dulu. Meo terima dengan hati memang agak kecewa tapi im still happy for you. Meo anggap dengan secara rasminye Ju announce about your relationship with Ed sebagai jawapan yg selama ni Meo nantikan. That we are over!


Juliet : Demm you! As that simple? Hurm..kenapa Meo minta Ju yg buat keputusan sedangkan Meo dah sedia buat keputusan tu dulu?


Romeo : keputusan apa?


Eady : Macam mana kalau aku katakan, Ju dapat tau kau yg putuskan dahulu hubungan korang melalui one of your best friend?


Romeo : kau cakap apa ni Ed?


Eady : Mark, anything you wanna say?


Mark Wenchesster : apa? Aku tak tau apa-apa..huhuu.. Aku came here just teman Meo, ok.. (wat muke innersen giler tapi still wat lawak bodoh dia)


Romeo : can you just straight to the point, please. Im out of the lane now. Apa ni?


Juliet : Cukuplah rasanye Meo tahu bahawa hubungan kita bukan Ju putuskan dan bukan juga Ed perampas. Tapi Ju katakan Meo yg putuskan hubungan kita. Deal?


Romeo : wow...wow...wow...wait a minute...why must you blame me?


Juliet : cause I jus know, Meo bagi tau semua kawan-kawan kita yg antara Romeo and Juliet is end. And the phatetic part is, I know it from your friends not from you! Sedangkan Ju tak buat apa-apa keputusan pun ttg hubungan kita. Berat Ju pertimbangkan. Sesak dada memikirkan. Last-last dapat tau the ending is like this. (empangan di mata tak dapat di tahan lagi)

Kenapa mesti Meo malukan Ju sampai mcm ni? Punyelah Ju pertahankan cinta kita. Orang tanya sana sini perihal kita tak pernah terlintas Ju nak cakap kita dah berakhir walau hakikatnya memang kita dah tak semesra dulu.

Ju ingat time Meo nak sangat Ju jadi penyeri hidup Meo, jawapan yg sama Meo beri pada bekas kekasih Meo dulu.. 'nak tumpu pada family and agama pun melarang hubungan tanpa ikatan yg sah ni, boleh mendatangkan zina hati dan pelbagai lagi'. Kenapa harus sekarang Meo persoal kan balik perkara ni? Sedangkan kita sama-sama jaga batas. Memang Ju akui, pernah Ju zina hati dengan Meo, tapi itu sume syaitan dalangnya. Tak pernah niat nak goda Meo buat benda tak baik, pernah ke pun? (kali ni semua yg terbuku di dada kecik dihembur keluar)


Romeo : Apa Ju cakap ni? Sapa orang yg bagi tau Ju perkara tu? Meo tak pernah ckp perkara serupa dengan apa yg Ju cakap ni.. Sapa orang tu?


Mark wenchesster menarik bangku dengan pantas dan berlalu pergi meninggalkan kandang perbicaraan.


Juliet : Apa lagi yg Meo tak puas hati pada Ju sampai Meo nak sangat Ju putuskan hibungan kita? (sedu esakan tak dihiraukan, segala-galanya dimuntahkan)


Romeo : Meo cuma nak bagi Ju kebebasan.


Juliet : are you talking about my sosial life right now? Ok.. We go on.. As sport student, macam yg selalu orang-orang cakap, ye, memang life kami kena bersosial tapi sama jugak dengan budak media kan? Tak ada jauh beza pun.


Romeo : Ju promise akan jaga batas. Ni tak, dengan selumber siap post pic berdua dengan boy mana entah, baik punye close. Tak pernah Meo terlintas nak buat macam tu pun sedangkan memang anytime Meo leh wat, budak-budak media sume hot-hot, petik jari je, Meo leh dapat depe.


Eady : ulp.. 'betul ke? kawan je kot..' (berbisik dalam hati sendiri)


Juliet : time tu Meo ingat tak dah berapa lama kita tak contact each other? Sedangkan Meo tahu Ju tengah online tapi jangan harapkan PM, BUZZ pun tak de. Tau-tau dah log-out. And bagaikan Meo tak tahu, Ju memang 24,7 never log-out, kecuali bila ada kuliah. Bila Ju buat macam tu baru Meo nak melenting kan? By that time baru la Ju tahu rupenye EX-buah hati Ju ni hidup lagi rupenya.


Romeo : sebab tu Meo nak bagi kebebasan pada Ju.


Juliet : kalau betul Ju nak kan kebebasan dah lama Ju tunaikan permintaan Meo, nak sangat Ju yg jatuhkan talak kan. Tapi bukan itu yg Ju nak. Ju still sayangkan Meo. Ju masih ingat semua janji kita. Ju masih terbayang semua angan-angan kita. Ju rindukan saat indah kita bersama.


Romeo : kalau betul Ju setia kenapa harus ada orang lain dalam cerita kita?


Juliet : siapa! Bagi tau Ju sekarang, siapa orang lain tu? (timbul semula semangat untuk menegakkan kebenaran)


Romeo : Meo tak tahu and Meo dah malas nak ambil tau. Siapa-siapa jelah yg terasa. Kata sayang konon, padahal curang jugak dalam diam. Jangan ingat Meo bodohlah, Ju. Semua Meo dah tau.


Juliet : ok..(tarik nafas dalam) Tell me how far you know about it..


Romeo : Bagaikan Meo tak tahu


Published with Blogger-droid v2.0.3

Tuesday, January 3, 2012

Badi nerves melampau

Kenapa dgn aku ni? Kemon la..ni bkn 1st time ko gi interview..patutnye ko dah jemu dah.. Dengan body pun fetik tak pasal2. Ni mesti gara nak period. Memang ekut due date pn dah dekat. Ya Allah, cukuplah dengan segala dugaan selama ni. Moga KAU lancarkan serta permudahkan segala urusan aku esok dengan kejayaan. Bukan untuk diri aku tapi untuk mama and ayah yg tak putus2 berdoa untuk aku dapat menjalani kehidupan yg sempurna di alam sementara-MU ini. Moga ada kesempatan bagi ku untuk membalas jasa mereka berdua dengan hasil kecemerlangan aku. Sesungguhnya tanpa rahmat dan sertu dari-MU aku tak mampu untuk kecapi segalanya.

Aku mohon agar segala apa yg berlaku hari ini ada hikmah yg baik esok. Hari ni and 2-3 hari lepas emosi aku terganggu sangat2, dengan prestasi keje aku makin menurun, kena marah lagi, tansion, diapression, dalam pale otak pn segala mcm benda yg bukan2 bersarang, tidur pun dah tak senyenyak dulu, bertandang pula mimpi mengungkit kenangan silam...aduh! Wat strong wif me...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Almost a month

Cuti byk sgt dalam diam dah dekat sebulan aku berkhidmat kat sini. Hurm...tapi still macam freshie, aku still tak berapa boleh nak mix dengan orang kat sini, xtau la kenapa.. Hari ni je permulaan tahun baru 3orang pekerja baru masuk. Tapi tengok depe steady jer wat keje, tak de pun mcm aku mula2 keje dulu. Pantang kalau setiap detik nama aku kena seru. Tak tau lah, mungkin mmg aku ni bengap kot. Hope sangat Allah buka kan pinta rezeki yg lebih pada aku tahun ni, bukan utk apa, nak kawen cepat! Hahahahaaaa! Gatai lak asenye..

2-3 hari ni hormon aku tak brapa nak betoi, so harap maklum la, ati ni ase nak panas jer, ase nak bagi penampor pada sume yg cari masalah dengan aku. Aku pun tak tau sejak bila mood aku leh jadi mcm ni bila hormon tak balance. Dulu takde pun mcm ni, ekut dan dia je nak dtg, pastu dekat2 nak finale year dip, aku mula cpt penat ase nak tido je bila nak mai period, tapi at the same time aku jd more active during period, sejak keje ni mud aku berubah jd makin pemarah and kuat makan. Tak tau lah. Harap org sekeliling aku faham la. Huhuhuhuu...

Published with Blogger-droid v1.7.4