My photo
So lost deep inside, Is all that makes me. My true identity, Is hard to see. To my friends and family, I’m a different me. I have a secret identity, Wonder if you’ll ever see. My thoughts and actions, Are all that makes me, But some things I may do, May not describe me. Now look inside me, If you ever feel, like it, I’m no-one but me, Never hiding my identity. Don’t say I am hypocrisy, Because I never showed you, two of me. Now please, Look at me, Try to see the real me. I’m no-one but, my real identity.

Wednesday, March 14, 2012

Selagi hanyat dikandung badan

Orang kata sayang keluarga sampai ke hujung nyawa. Nak cipta sebuah keluarga bahagia tu bukan macam makan kaceang ngan nyin tu tau. D pun macam citer kartun happy three friends. Mahu bertambah kacau bilau rumah tangga tu nanti. Ia lebih kurang macam main kad happy family. Kena kumpulkan semua ahli keluarga baru lah aman dan sempurna family tu. Sebab apa-apa hal semua kena bawa berbincang bersama-sama.


Ada satu cerita nak share dgn para blogger, tapi terpulanglah pada korang nak teruskan window blogging or tak. Huhuu..


Percintaan diorang memang dah lama disemai, sejak pandangan kali pertama dua pasang anak mata tu bertemu. Segala suka duka, pahit manis, susah senang, jerit perit, diorang hadapi dengan tenang. Sebab diorang percaya pada satu prinsip. Tiada masalah dapat diselesaikan tanpa perbincangan. Lagi pun pengalaman yg lalu telah banyak mengajar diorang untuk lebih bersedia dan menghayati kehidupan bersama ni.


Sampailah mereka mampu bertahan hingga ke jinjang pelamin. Kehidupan berumah tangga menjadi lebih nikmat buat diorang. Walaupun

'anje ni rocklah!' ,

'abang ni sume benda nak cool je!'.

Ternyata diorang bahagia. Siapa sangka dalam menyulam asmara tiba-tiba hadir orang ketiga. Dua-dua dah terbayang macam mana riaksi opah-opah and makpak sedara baby dalam rahim si ibu. Si ayah pula tak habis-habis syukur dengan kunci bahagia diorang tercipta juga. Makin belangkas diorang, shopping sama-sama, masak kat dapur berdua, kalau sorang duduk kat depan tv mesti sorang lagi datang menyending, kalau sorang dah penat mesti sorang lagi belai-belaikan. So sweet. Solat selalu berimamkan. Subuh dikejutkan dengan mesra. Tidur didodoikan. Sape taknak kan... Hurm...


Cukup 9 bulan. Ovum dah bertemu sperma menjadi kepulan darah berubah ke bentuk janin dan ditiupkan roh supaya menjadi seorang bayi. Opah kat kg dah bersiap nak sambut cucu pertama ni, buai berbunga dah siap, ayam bergolek-golek dah buang bulu, ikan haruan berekor-ekor dalam peti ais, bantal comel-comel dah bersarung kartun boboi boy. Memang yakin baby boy lah tu, sebab papanye pun anak lelaki tunggal dalam family. Lain pulak dengan kerenah nenek sorang lagi. Baju kecik semua dah berjahit siap hangger kan lagi, kambing sekor dah bertambat tunggu tukang sembelih je, masing-masing tak sabar tunggu kepulangan diorang sebab rancang nak dilahirkan ahli keluarga baru tu kat kampung je sebab kebetulan diorang cuti sama-sama, musim sekolah la katakan.


Pagi selepas subuh macam biasa, tangan dicium, dahi dikucup, bibir disentuh bibir, belaian manja di hujung perut, menandakan diorang akan terpisah buat sementara waktu atas permintaan tugas masing-masing. Namun pagi tu berat betul diorang nak menjauh. Genggaman erat macam tak mahu dilepaskan sampai mati. Kucupan tu mesra sekali. Setiap butir bicara diorang tiada yg menyakitkan hati.

''tak apa sayang..nanti petang kita jumpa, ok..sayang jaga baby tu..jaga diri tu..esok kita balik kampung ye..''.


Siapa sangka, petang yg sepatutnya bertemu dua pasang mata tu rupanya berjanji bertemu jasad sahaja. Lutut bagai nak luruh, tapak kaki bagai tiada untuk berdiri, kaki bagaikan lumpuh untuk melangkah. Isteri mana tak cam suami kalau dah tidur sebantal, makan sepinggan, duduk serumah, berjalan seiring melangkah. Lulurnya hati bertambah bila melihat air mata ibu gugur sesampai di kampung halaman. Disangkakan pulang bertiga rupa nya berdua dengan jasad anak lelakinya yg tak bernyawa.

''ibu, nana minta maaf. Nana gagal tunaikan janji nana pada ibu untuk jaga abang...'' ,

''sudahlah nak, bukan salah kamu, Allah lebih sayangkan dia. Mungkin sebab tu dia tinggalkan kamu zuriat dia untuk permudahkan kamu sambung pelihara baby tu tanpa risaukan dia lagi..''


Sekujur badan di pembaringan tanpa menguit sikit pun. Tapi hati ni berbait-bait sakitnya untuk melepaskan kau pergi buat selamanya.

''abang..sayang dah tak tahu nak bagi apa pada abang..abang..kita dah janji takkan tinggalkan antara 1 sama lain kan? Tapi abang mungkiri janji.. Apa sayang nak buat sekarang? Nanti baby ni tanya mana papa dia, apa sayang nak jawab? Kita dah janji nak besarkan anak-anak sama-sama kan.. Ni baru sorang, mana lagi? Sayang nak abang.. Sayang perlukan abang dalam dewan bersalin nanti.. Abang janji abang datang tau..''.

''Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa suamiku.. Sesungguhnya dia dah menjalankan tanggungjawabnya terhadap aku dan ibunya dengan baik sekali.. Kau ringankanlah azab perhitungan dengan dia.. Sesungguhnya dia juga manusia yg sering di duga dengan godaan makhluk durjana-Mu.. Moga kau tempatkan dia di sisi golongan hamba-Mu yg soleh..'' .

''abang.. Sayang dah terputus layanan sayang pada abang.. Sayang hanya mampu iringi abang dengan dan temankan abang dengan didikan agama yg abang dah bagi pada sayang je.. Sayang janji, sepanjang jasad abang masih ada kat atas bumu ni, sayang temankan abang dengan bacaan ayat-ayat suci ye.. Ampun segala dosa sayang pada abang selama abang bernafas dengan sayang dan halalkan segala makan minum yg selama ni abang beri pada sayang''.

Maka, hinggaplah kucupan buat kali terakhirnya di seluruh wajah si suami dengan penuh syahdu. Dan malam itu juga,

''ibu..malam ni biar nana tidur di sisi abang buat kali terakhir ye?''


Siapa pun tak dapat menghalang, jika itu dah ketentuan Illahi. Selesai pengebumian, saat yg ditunggu selama ni tiba tanpa diduga. Lahirlah seorang putera yg bernama Ameerullah Farlany. Namun, lahirnya putera itu telah meragut hayat ibunya.

''dia ada masalah pendarahan yg serius, sekarang ni dah terlalu banyak darah dah keluar dari badan dia, ini boleh membawa maut pada dia'.

''apa kita nak buat ni, cik yah?''.

''tak ada cara lain ke, doktor?''.

''pilihlah samada nyawa baby atau ibunya?'.

''.......''


''abang.. Sayang lepaskan tanggungjawab sayang pada ibu and mama untuk jaga anak kita ye? Kalau sayang hidup pun ibarat bangkai bernyawa seban sayang dah tak mampu nak jaga zuriat abang lepas ni.. Izinkan sayang ikut abang pergi.. Ya Allah, sesungguhnya Engkau lah Maha Pengasihani lagi Maha Penyayang serta Maha Mengetahui segala yg berlaku di muka bumi mahupun di langit.. Andai pemergianku satu dosa kerana meniggalkan tanggungjawab yg Kau beri hukumlah aku.. Namun telah aku tunaikan wahyu-Mu untuk memperlihatkan anak ini beribadat pada-Mu di bumi-Mu ini..''

''doc, tolong saya lahirkan rezeki Allah ini..''

''baiklah..''


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: