My photo
So lost deep inside, Is all that makes me. My true identity, Is hard to see. To my friends and family, I’m a different me. I have a secret identity, Wonder if you’ll ever see. My thoughts and actions, Are all that makes me, But some things I may do, May not describe me. Now look inside me, If you ever feel, like it, I’m no-one but me, Never hiding my identity. Don’t say I am hypocrisy, Because I never showed you, two of me. Now please, Look at me, Try to see the real me. I’m no-one but, my real identity.

Wednesday, January 19, 2011

Aku Terima Nikahnya



Sebuah nurkilan adabtasi dari kesah sebenar yg di jalani oleh ustaz Hasrizal Abdul Jamil yg dilahirkan di ipoh,perak. Hasil rentetan yg menarik serta mampu memberi keinsafan kepada golongan remaja2 dari kancah kehidupan ketimuran dan kemasiatan. Subhanallah, sungguh indah cinta sebenar yg diceritakan oleh beliau dari perut bukul ini. Tidak di sangka2 juga, setelah penat menjamah semua isi perut dari buku ini, telah mendatangkan 1 sinar baru serta 1 titik noktah kepada mereka dari terus dibelenggu dgn perasaan dan hawa nafsu serakah bimbingan serta didikan syaitan yg berterus-terusan akan menjahanamkan kaum adam.

Dalam mencari pasangan hidup, kita harus tenang dan redha, setiap ketentuan  adalah yg terbaik dari-NYA. Benar, kita tidak layak utk berbicara ttg kesempurnaan kerana ada yg lebih maha dari kita di luar sana, ALLAH S.W.T. Segala yg dirancang telah ditentukan, jika benar pada paksinya, Insya'ALLAH, segala yg di aturkan pasti akan menjadi. Kita harus belajar dari kesilapan kerana dari situlah kita sedar diri ini masih kurang ilmunya, dunia ini hanyalah buat sementara.

Namun jgn di salah ertikan pula, pada awalan mukhadimah mmg lah lebih di beratkan ttg perkenalan pada atas angin. Di mana 1 perhubungan terjalin bukan seperti cerita2 cinta zaman sekarang. Saling kenal mengenali, keluar dating, tahu rupa paras pasangan, malah ada juga yg mengambil kesempatan mahu mengenali pasangan lebih mendalam sampai ke akar umbi. Itu tidak baik utk kesihatan malah di canggah dari hukum agama. Tidak juga agama menyuruh supaya kita hanya berserah dan redha sahaja pada takdir dan ketentuan pada nasib bakal pasangan kita.

Sememangnya, kita telah diberi peluang utk memilih pasangan kita dari segi

Linasabiha... yakni, keturunannya.. kita diberi peluang utk mengenali pasangan kita tapi ada caranya, kalau tak masakan pula kita boleh tahu asal usul keturunannya jika kita tidak mencuba utk mengenali beliau terlebih dahulu. Mengenali beliau dgn bertnya pada pihak yg boleh di percayai yakni bkn golongan2 jaga tepi kain org, tp mereka2 yg rapat dgn beliau. Harus di igt kan, jgn sesekali kita tersalah tnya, krn ia boleh mendtg kan fitnah jika org berkenaan berkata bohong atau ada niat mahu menjatuhkan beliau dan keturunannya. Maka carilah sumber2 yg tepat dan sahih..

Walimaliha... iaitu hartanya.. kita diharuskan mencari pasangan yg banyak hartanya. Don't miss understand pula, maksudnya disini carilah pasangan yg tinggi akhlaknya, yg tahu tanggungjawabnya, yg mengerti ibadah rumah tangga, yg tahu kiblat dan solahnya, serta mampu menampung ekonomi sebuah institusi kekeluargaan. Manakan tidaknya, takkan kita nak pasangan yg tiada wawasan serta jati diri yg kental, kalau begitu siapa lagi yg boleh kita harapkan, bukankah dalam rumah tangga si isteri dan suami harus bekerjasama dalam membangunkan sebuah keluarga itu ke arah islamiah dan kehidupan yg selesa. Bukan kekayaan dunia yg kita cari tetapi kehausan pahala utk bekalan akhirat. Boleh dikatakan disini cukuplah sekadar menikmati kehidupan yg serba sederhana, bkn sederhana bermaksud rumah sebesar gah yg mampu di sedekahkan kepada anak2 yatim tetapi cukup sekadar mampu membumbungkan seisi keluarga, bukan juga kereta sehebat di litar lumba padahal hanya digunakan utk ke pasar shj, cukup pabila ia mampu membantu mempermudahkan setiap pergerakan seisi keluarga ke tempat yg di berkhati.

Walijamaliha.. dimana kecantikkannya dinilai.. Subhanallah, di era yg makin mencabar ini begitu ramai di lahirkan insan2 yg cantik2 belaka. Memang perkara ini tidak dapat dijangkal lagi kerana setiap sudut, pelusuk, merata tempat, pasti ada sang hawa yg jelita2 begitu juga si teruna yg hebat2 lagak gaya mereka. Bagaimana hati tidak terpaut jika di hidangkan pula dgn santapan tubuh2 yg semestinya menarik dan menawan. Nauzubillah, Ya Allah, moga Engkau kuatkan hati dan dibina benteng di kaca mataku dari terus dihanyutkan dgn perasaan lahanat ini. Sedarlah, kecantikan tiada yg kekal. Semua itu  hanya pinjaman sementara. Sememangnya kita diberi pilihan utk memilih pasangan dari segi kecantikan, namun maksud sebenar yg cuba disampaikan adalah, kecantikan rohani, kebersihan pada wajah2 kekasih Allah S.W.T, kesempurnaan akidah dan ibadah, serta keluhuran dan keredhaan pasangan kita utk menerima kita sebagai raja atau maharani di hati kamar mereka buat selamanya. Sekadarnyalah jika kita memilih pasangan yg indah dan cantik di hati kita, yakni, berbaloilah jika dari raut wajah pasangan kita mampu mendatangkan ketenangan di dalam jiwa.

Walidiniha..agamanya.. Alhamdulillah, panjat kesyukuran yg tak terhingga pada kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T jika kita dikurniakan pasangan yg tahu agamanya, tahu larangannya, kenal tuhannya, serta tahu membezakan haqq dan batil. Alangkah indahnya, di hadiahkan seseorg yg boleh dijadikan teman dalam mendalami keindahan islam, seorg insan yg boleh di ajak berdebat ttg islam, seorg muslimah atau muslimin yg mampu menyanyikan kita lagu2 shahdu dari isi perut Al-Quran Nur Qarim, seorg perwira atau wirawati yg berani memperjuangkan serta mempertabatkan islam di sanubari golongan fasiq. Namun yg utama, dalam isu berjihad ini, tidak pernah sesekali beliau lupa akan tanggungjawab beliau yg hakiki sebagai seorang khalifah, pejuang serta penjana di dalam institusi kekeluargaan...
 
Sebelum Aniki mengakhiri post kali ini utk hari ini, Aniki menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika post kali ni ada terkasar tutur katanya mahupun tersilap menyampaiannya, sesungguhnya yg baik itu dari-NYA dan yg khilaf itu adalah salah Aniki sendiri. Moga kita semua tidak lupa tanggungjawab kita yg utama. Sebagai khalifah Allah kita harus saling mengingati.

~aniki~

No comments: