My photo
So lost deep inside, Is all that makes me. My true identity, Is hard to see. To my friends and family, I’m a different me. I have a secret identity, Wonder if you’ll ever see. My thoughts and actions, Are all that makes me, But some things I may do, May not describe me. Now look inside me, If you ever feel, like it, I’m no-one but me, Never hiding my identity. Don’t say I am hypocrisy, Because I never showed you, two of me. Now please, Look at me, Try to see the real me. I’m no-one but, my real identity.

Friday, April 24, 2009

denting..

Di sudut termenung jauh, menanti kepulangan insan tercinta, penuh kesabaran di sebalik lirikan senyuman kasih sayang yang bakal di hadiahkan kepada insan itu. Tamparan lembut hembusan sang bayu di saat itu sungguh menyamankan, jeritan anak-anak kecil di hadapan rumah sering mencuri perhatian dia. 'Bila la aku nak ada anak nie? Mesti sumel-sumel anak aku nanti'. Di usap-usap perut dia yang ramping itu.

'Hoi! Berangan anak Raja Bukit Chandan datang buntingkan ko ke?'
Adoi, itu lah ibunda aku. Puan Hajah Rogayah nama diberi, sudah berumah tangga bersama bapak'da aku, Encik Haji Safian Mokhtar, teruna dan dara pujaan kat kampung Durian 3 1/4 . Beginilah aku bila tiba waktu senja, duduk di hadapan rumah dan melayangkan fikiran aku jauh dari duniawi ni. Seronok, sebab semua yang kita nak macam jadi kenyataan, tapi aku tak nak la di jodohkan dengan anak Raja Bukit Chandan tu. Mak aku tu je yang suka sakat aku, tapi dia jela satu-satunya ibunda yang paling seporting dan alam ni.


'Kamu da masak makan malam nie? Dari ibu balik tadi, kamu duduk melayan perasaan je. Nanti tak ada siapa nak datang minang baru tau, bukan setakat budak-budak teruna rumah sebelah tu, anak Raja Bukit Chandan tu pun belum tentu nak kat kamu'. Mak aku nie,malu la aku, dah la abang Salleh ada kat luar rumah tu tengah cuci kereta Vios hijau epal dia.

Kawasan perumahan lot taman kecundang setia, tempat aku di besarkan selama 18tahun nie. Nama taman yang paling sadis pernah aku jumpa sepanjang aku hidup ni. Pelik sungguh dunia ni, tapi bila aku mula berjinak dengan dunia di hujung jari ni, aku mula memahami bahwa banyak lagi perkara yang perlu aku jelajahi untuk aku lebih mengenali erti kehidupan ni. Hidup ni bukan kerna duit, nafsu, darjat semata-mata, tetapi kita seindah-indah manusia harus bijak mewarnai ia dengan seribu satu warna pelangi.

Awal tahun hadapan aku akan berhijrah ke negara asing, abah cakap ' biarlah jauh, jarak tu tak dapat di nilai dengan ilmu yang bakal kamu dapat di sana. Abah yakin kamu mampu menjaga nama, maruah dan setiap didikan akhlak yang ibu dan abah dah curahkan pada kamu. Jika betul niat kamu, nescaya selamat kamu pergi, segunung kejayaan kamu bawa pulang kepada kami di sini' Sedey dude. Mak abah, izza akan tunaikan impian abah itu. Teriam kasih untuk segala perhatian dari kalian berdua selama membesarkan anakanda mu yang degil ini.

'Ya ALLAH, berikanlah keampunan-MU padaku serta kedua orang tuaku dan orang-orang yang beriman kepada-MU, moga ENGKAU jauhkanlah mereka dari seksaan azab neraka jahanam-MU, sesungguhnya sayangnya aku, kasihnya aku pada mereka tidak lebih daripada cintanya aku kepada ENGKAU, amin..'

No comments: